Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Khamis, 1 Disember 2011

Blog baru....

kakak dah ada blog baru....http://ummi79.blogspot.com

jadi kakak dah tak aktif lagi blog ni...harap sudi2 kan lah berkunjung ke blog baru kakak..

Selasa, 9 Ogos 2011

Kad Jemputan kahwin...sukaaaaanyaaaaa

Saje nak tunjuk kad kahwin bakal suami kakak design...cantik kan...hehehehehe...kalu tak kakak yang puji sapa lagi nak puji...tapi kad ni tak print pun..mahal tak de budjet...heheheheh....jadi kepada semua yang berkunjung ke blog kakak ni...jemput lah hadir majlis kahwin kakak nanti supaya dengan kehadiran anda semua majlis ini lebih diberkati....



Jumaat, 8 Julai 2011

Hari Lahir 2011 ...Hari Merisik....

Lamanya kakak tidak membebel kat sini, sibuk sangat ke kakak atau kuat sangat ke koya sekarang ni...atau ada berita baru nak sharekan bersama...hehehehehe...amboi gelak plok... malu nya nak cerita..tapi ni kan diari kakak..kene lah kongsikan berita gembira ni...hehehehehehehehe
Kakak telah di lamar oleh si hati beku....haaaaaaahhhhh....biar betul si hati beku telah cair dengan kakak...(buat2 terkejut sendiri lah plak) ...sampai sekarang kakak tetap tak percaya...masih tak percaya..dan terus tak percaya..tak de ribut, tak de petir, tak de guruh...tiba-tiba hujan..mmmmmmmm....ini lah kebesaran dan ketetapan Allah untuk kakak..kakak terima dengan bersyukur dan redha yang berpanjangan...
dan genap umur kakak 32 tahun pada 1 Julai 2011, keluarga si hati beku telah membawa rombongan merisik dan terus tetapkan tarikh nikah pada 3.9.2011...alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan tahun ini merupakan hari lahir yang cukup bermakna buat kakak...syukur pada Allah dan kakak mendoakan Allah memudahkan  semua urusan kakak dan pada NYA kakak berlindung...

Siapakah si hati beku ni sebenarnya....hehehehehe...nanti lah kakak cerita...panjang ceritanya....



Isnin, 13 Jun 2011

Apa Benar ...

Tiada apa lagi yang aku tunggu selain ingin mendengar kau menyatakan rasa itu ada untuk ku..apa benar telinga ku tidak pekak mendengar perkhabaran itu??apa benar bibir mu telah bisa menyatakan kesudian itu?? apa benar di mata mu terpancar wajah ku?? apa benar penyatuan ini kehendak mu..masih kabur dan keliru difikiran ku dengan ketetapan mu...masih aku di awangan dengan keajaiban itu....mimpi kah aku?? Ahhhhhhhhh....jika benar rasa itu telah lahir dari benih yang suci ..akan ku sambut dengan harapan yang mengunung...
Ahhhhhhh.....tolonglah tampar  ku sekali...katakan ini bukan mimpi..kata kan ini bukan khayalan...katakan ini kenyataan yang membuatkan jantung ku berdegup kencang...
Maha Hebat kebesaran mu YA Allah...penyatuan ini adalah kehendak Mu dan aku bersyukur....

Khamis, 9 Jun 2011

Layan Ustaz Azhar

Mesti korang pun ada idola dalam hidup kan...kakak pun ada idola jugak...idola kakak mestilah ustaz Azhar Idrus yang sangat kakak kagumi...kakak kenal ustaz Azhar masa kakak menyewa rumah sekarang dimana setiap 2 minggu sekali dia akan memberi ceramah agama di surau dekat rumah sewa kakak...dekat sangat surau tu  sampai suara dia kadang mengegarkan rumah kakak..heheheheheh...jadi tak payah lah kakak turun ke surau...

Ini antara nasihat yang kakak ingin kan kongsikan bersama....

Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"......

1. Harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan anak berbaik-baik kepada kawan nya
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua dalam satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya
11. Arak sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Para artis-artis disanjung2
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat atau menyalahkan generasi pertama

Antara nasihat ustaz Azhar yang sempat kakak ambil....

Bala yang pertama adalah angin yang berwarna merah iaitu angin ahmar (strok), bukan kene kepada orang yang membuat maksiat saja tapi ini lah menunjukan bala telah diturunkan untuk peringatan kemungkaran Allah kepada hamba NYA. Tengoklah betapa ramai orang yang mengalami sakit angin ahmar sekarang ini.

Apabila disia-siakan amanah ....tunggulah saat kehancuran langit dan bumi (kiamat)....

Tidak taat kepada suami ...hukum nya berdosa besar dan amalnya tidak diterima serta masuk neraka..
Nabi berkata "Jikalau mengalir darah dan nanah dari atas kepala hingga ke kaki suami, maka dijilat nanah tersebut oleh isteri sampai licin, belum lagi menunaikan ketaatan yang sebenar hak suami"....sebab itu lah ramai perempuan masuk neraka...
"isteri yang solehah apabila memandangkan mukanya menyenangkan kamu"....wajib senyum kepada suami walau suami salah sekalipun....susah sekarang ni nak buat ni...tapi wajib perempuan senyum kepada suami....

Kakak mengharapkan kakak dapat menjadi isteri solehah buat suami nanti...dan kakak doakan supaya umat islam di dunia dijauhi daripada bala dari Allah s.w.t....takutnya kakak....


Ni lah ustaz Azhar Idrus kalu nak kenal....

Isnin, 6 Jun 2011

Belum sampai Ajal

Ada orang itu cakap muka kakak semakin bulat...sapa yang berani cakap macam tu ye??? sapa lagi kalu bukan si hati beku....tak suka..tak suka..tak suka..jadinya kakak mula lah fikirkan apa aktiviti yang sesuai demi membujur kan muka yang bulat ini....hehehehe..
Dan akhirnya kolam renang tertutup di Batu Buruk yang saja dibuka telah menjadi satu tempat  kakak jalani aktivit renang setiap pagi jumaat kalu kakak tak balik kampung. Pandai berenang ke kakak ni...tengok kaki lah weeiiiiii...wah berlagaknya...hahahahaha..kakak pandai berenang dari kecik lagi, tali air kat sebelah rumah kakak menjadi saksi beberapa kali kakak lemas sebelum kakak betul-betul pandai berenang. Disitu tempat kakak dan adik beradik yang lain berenang setiap hari bila pulang saja dari sekolah, kami main kejar mengejar..main baling tanah liat dan suka sangat cuba tenggelamkan sesama sendiri..tapi tak lah sampai lemas..tapi masa ni kene ambik nafas lebih sikit kalu tak mesti tercungah-cungah minta oksigen....rindunya kenangan itu.....

Pasal renang ni jugak lah kakak hampir-hampir kehilangan nyawa....mesti nak tahu kan.....

Kisahnya pada tahun 2009, masa ni arwah ayah sihat lagi..pagi jumaat yang indah, kami adik beradik sepakat untuk berkelah di Lata Tembakah sebab dah lama tak bergembira kann....jadinya mak kakak mula lah mengoreng bihun dan keropok. Ayah tak ikut sama sebab ayah kakak ni tak suka pergi tempat macam ni..anti sosial ...hehehehehe...semasa bersiap nak pulang ..tiba2 je kakak terlihat 2 orang remaja lelaki tengah lemas dan bergantung antara satu sama lain.... tenggelam timbul... Kakak tengok sekeliling tak de siapa pun yang nak tolong mereka. Apa lagi kakak terjun lah...konon nak jadi heroin lah tapi masa kakak nak tolong mereka, kakak plok yang dijadikan tempat mereka berpaut..apa lagi tenggelam lah kakak..mana ada kudrat weeeeeiiiiii...dengan 2 orang lelaki yang tengah berpaut pada kakak..tenggelam terus kakak..kakak dengan seluruh tenaga cuba timbulkan badan kakak sebab nafas dah tak de...dan masa ni lah kakak menjerit panggil nama adik lelaki kakak...dan sekali lagi kakak tengelam disebabakan mereka tak nak lepaskan kakak....ngeriiiiinya kalu ingat balik...masa kakak tengelam kali ke dua ni..tenaga kakak dah habis dan kakak pun dah tak larat nak buat apa2 sebab kakak dapat rasa 2 remaja itu betul2 berada atas bahu kakak.... nak tahu tak masa ni sempat lagi kakak fikir...MATI LAH AKU HARI INI...tapi tiba2 je badan kakak terasa ringan dan kakak terus melonjak kan muka ke permukaan air...rupanya adik perempuan kakak yang datang tarik budak2 tu ke tepi...maka tercungah2 lah kakak ambik nafas sambil sempat lagi bebeb kat diaorang....walaupun masa tu tengah lelah nak ambik oksigen....hahahahahaha...kakak terus naik dan tak pandang kanan atau kiri sebab rasanya masa tu ramai orang tengah melihat kejadian itu..kakak terus pulang..mak kakak pun tak perasan kakak hampir lemas selamatkan orang...adik kakak yang bongsu cerita kat mak....mak diam tak cakap apapun. Sampai saje kat rumah, adik kakak cerita pulok kat ayah peristiwa tadi..apa lagi marah bukan main lagi arwah ayah kat kakak. Dalam hati kakak berkata " Selamatkan orang pun salah ke?"..kakak tak berani nak melawan cakap ayah tapi ayah betul2 marah kat kakak sampai kakak rasa tak nak bercakap ngan ayah...tapi lepas tu kakak tahu ayah sayangkan kakak sebab tu dia marah..ayah cakap sepatutnya nak tolong orang lemas..kita kene ambil kayu panjang..suruh dia pegang dan kita tarik ke darat. Manalah kakak sempat fikir cara macam tu bila dah tengok budak2 tenggelam timbul...sayang sungguh arwah ayah kat kakak...kakak pun sayangkan arwah ayah...
Jadi kalu nak tolong orang lemas...ingat lah yeee....cara2 arwah ayah pesan tadi..yang pastiya ajal kakak belum sampai....

Yang depan adik perempuan kakak yang datang selamatkan kakak..dan adik perempuan bongsu yang banyak mulut  sampai kakak kene marah dengan arwah ayah. Gambar ni diambil seminggu sebelum arwah adik lelaki kakak meninggal akibat kemalangan. Al fatihah untuk arwah.










Isnin, 30 Mei 2011

aku ini adalah diri MU..cinta ini adalah cinta MU..aku ini adalah diri MU..jiwa ini adalah jiwa MU..
rindu ini adalah rindu MU..darah ini adalah darah MU..
tak ada yang lain selain diri MU yang selalu ku puja..ku sebut nama MU di setiap hembusan nafasku
ku sebut nama MU, ku sebut nama MU....

dengan tangan MU aku menyentuh..dengan kaki MU aku berjalan..dengan mata MU aku memandang
dengan telinga MU aku mendengar..dengan lidah MU aku bicara..
DENGAN HATI MU AKU MERASA...

Kalau di tanya kenapa kakak suka kan si Hati Beku, jawapan nya hanyalah satu, Allah telah memberi rasa ini dalam hati kakak untuk si Hati Beku...Percayalah.. kakak sendiri tak ade jawapan kenapa rasa ini ada dalam hati kakak...tak tertanggung membawa rasa ini, lidah telah mula berbicara dan mata bebola yang sangat cantik telah melihat reaksinya...saat yang cukup indah dengan jantung ini bergetar kencang...perasaan ini adalah milik MU...semuanya Milik Mu YA Allah.. sempurnanya ciptaan MU..telinga sudah tidak sabar untuk mendengar bicaranya dan kaki sudah mula bersedia melangkah bila mana rasa itu tidak ada di hatinya...Terima Kasih Ya Allah..kakak bersyukur atas semua pemberian MU yang Maha Hebat ini...Pemberian Yang Maha Hebat...

Khamis, 26 Mei 2011

Biar TAK Hemsem pun...asalkan cara bercakap memikat HATI...

Biasa nya bila anak gadis nak diperkenalkan pada seorang jejaka, pertama sekali yang dipandang oleh gadis itu adalah wajah hemsem jejaka tersebut...hemsem yang macamama tu??..putih kulitnya..mancung hidungnya..badannya tegap..lebih kurang tak malu di bawa berjalan lah kot....hahahahahha...nape kakak gelak ni..apa yang kelakar...sebabnyaaa kakak tak pandang tu semua..kakak lebih pandang hati seseorang tu...cara percakapan..cara komunikasi itu yang lebih penting dari wajah yang hemsem....ahakkkkksssss...tapi ada sorang kawan kakak tetap jugak dengan pendirian untuk memilih lelaki hemsem...katanya...kesian kat anaknya nanti kalu pilih lelaki tak hemsem....tolllllooooooonggggg lahhhhh....tak masuk akal langsung...
Semalam kawan serumah kakak ajak teman jumpa seorang mamat yang dia baru kenal melalui internet. Adusssss....malasnya nak teman...tapi sian pulak kat dia..kalu kakak tak nak teman..dia nak dukung kakak bawa naik kereta ..hakhakhak..kelakar plok dia cakap macam tu..teman je lah tapi dengan syarat lepas kakak solat isyak dulu dan balik sebelum 10.30 malam..dia senyum dan setuju....dia pun takut nak jumpa mamat tu sebab tu ajak kakak teman...mmmmmmmmmm....

Masa kawan kakak nak masuk bilik air, dia pesan suruh kakak jawab telefon dari mamat tu dan buat  temujanji jumpa kat mana...kakak pun jawab lah call mamat tu.

" Hahhh...nak jumpa kat mana,?" tanya mamat tu
" Ikutlah mana2 pun"....jawab kakak dengan suara yang serius... dalam hati kakak berkata "kasarnya bahasa mamat ni" . Bagi lah salam dulu sekurang-kurangnya...
" Tahu tak Pulau Kambing? Jumpa kat situ ah...tak kan tak tahu plok....jangan nak bersolek lebih-lebih sampai patah gincu tu. Saya pun ada hal lain, saya tak kan tunggu lama2..." Amboi bahasa....kasarnya percakapan....macam ni ke cara bercakap dengan awek yang nak jumpa pertama kali...
"o.k"  kakak jawab seringkas mungkin dah rasa meluat nak cakap banyak2...hebat sangat ke mamat ni...

Lepas je kawan kakak keluar bilik air..kakak terus beritahu dia bahawa kasarnya percakapan mamat tu...kawan kakak tahu sebab dia pun pernah bercakap melalui telefon tapi dia nak tengok macamana orangnya...manalah tahu hemsem katanya....kalau kakak awal2 dah kene reject....hakahkhahkhahak

Kami pun pergi lah tempat yang dia nak jumpa tu. Sekali lagi dia call..tapi kali ni kawan kakak sendiri yang jawab. Lepas 3 minit kawan kakak terus letak telefon..dia beritahu kakak..mamat tu marah2 dan kata dia  diperbodohkan...kakak rasa tak de maknanya lagi nak jumpa kalu dah macam ni...kakak terus ambil keputusan tak payah jumpa lah orang macam tu...awal2 dah marah2 dan cakap tu pun kasar bukan main lain....patutnya pergi kursus  "komunikasi berkesan" dulu untuk pikat aweks...baru awek terpikat....hehehehehehe

Dan kami pun apa lagi terus pergi dari situ...kawan kakak terus matikan hp dia...wah...selamat kakak tak payah teman kawan jumpa lelaki yang kasar dan berlagak macam bagus.....hahahahahahaaa

Bagi kakak..tak pe lah tak hemsem pun...asalkan percakapan memikat hati...lembut suara yang diluahkan..tak meninggikan suara...guna bahasa yang elok...cakap perlahan-lahan...baru lah memikat si gadis manis macam kakak ni...macam si hati beku yang sangat kakak kagumi...dia tak pernah berkasar dengan kakak...percakapannya yang selalu mendebarkan kakak...dup dap dup dap....bahasanya sangat menyenangkan kakak dan lembut...kalu di mata orang lain dia tak hemsem...tak palah...tapi di mata kakak dialah yang paling manis dan menawan...membuatkan jantung kakak berdegup kencang bila tak sengaja melihat kedalam matanya...galoknya kakak....


Comel tu tak lah...tapi manis tu adalah kannnn.......oppppsss....ni masa umur 25

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hahhh...ni masa umur 32...hehehehehe..masih manis kann...

Taubat

Wahai Tuhan
Jauh sudah lelah kaki yang melangkah...aku hilang tanpa arah..rindu hati sirna mu
Wahai Tuhan
Aku lemah..hina berlumur noda...hapuskan lah..terangilah jiwa hitam jalan ku
Ampunkan lah aku..terima lah taubatku..sesungguhnya ENGKAU ..Sang Maha Pengampun dosa
Ya Rabbi
Izinkan lah aku kembali pada mu..meski mungkin takkan sempurna...aku sebagai hambamu
Ampunkan lah aku...terima lah taubatku..sesungguhnya ENGKAU...Sang Maha Pengampun dosa
Berikan lah aku kesempatan waktu..aku ingin kembali...kembali kepada MU
Dan meski tak layak sujud pada MU...dan sungguh tak layak..aku...



Isnin, 23 Mei 2011


"Berhenti berharap pada orang yg tak hargaimu. Jika dia cukup bodoh meninggalkanmu, kamu harus cukup pintar tuk melepaskannya"

Wahhh...apa kene mengene lukisan cantik dengan statement kakak kat atas ni. Lukisan ni hadiah daripada seorang kawan yang kakak pun tak tahu dia pandai melukis. Kakak pun tak tahu dia mempunyai banyak koleksi lukisan dan sekarang ni tengah prepare buat pameran lukisan kat Shah Alam...(tak tahu pun dia sehebat tu). Kakak tanyakan padanya apa makna disebalik wajah lukisan ni..dia menyuruh kakak tafsirkan sendiri....mmmmmmmm...Fairus...apapun terima kasih kerana bagi lukisan ini.....kakak hargainya...

Kakak cuba menyelami apa maksud tersirat dia sebalik lukisan ini dan bila direnung sedalamnya, kakak senyum sendiri ..betapa seronoknya menjadi seekor burung yang bebas terbang ke sana sini. Melihat keindahan ciptaan Allah dari langit membiru dan merasai nyamannya angin dengan sayap dilebarkan. Mencari makan di mana saja tanpa ada gangguan malah boleh berenang di sungai yang jernih sambil melihat bayang sendiri..lalu terbang lagi mencari kedamaian..wahhhhh..seronok kan menjadi seekor burung..jadinya bila difikirkan kembali berhentilah berharap pada orang yang tak menghargai kakak. Jika dia cukup bodoh meninggalkan kakak, kakak juga harus pintar untuk melepaskannya......Bebaskan diri kakak dan terbanglah tinggi melupakan orang yang tidak lagi menghargai kakak...jadi lah seperti burung yang sentiasa mencari kedamaian dan ketenagan hati....peeewwwiiiittttttt......

Dan kepada si hati beku...kakak tahu dirimu sedang bersiap menjadi burung untuk terbang bersama kakak...kakak tidak mengharapkan dirimu menjadi burung merak di kayangan...cukuplah dirimu seperti burung bangau putih yang mencari ikan di sawah padi setia bersama sang kerbau...kakak ingin sekali menemani mu bersama-sama mencari ikan...biarlah luka di sayap mu kakak yang cari penawarnya...supaya kita sama-sama dapat terbang tinggi di awan biru...kakak ingin terbang bersama mu di kala susah dan senang...kakak menunggu mu...


Ahad, 22 Mei 2011

Percaya Pada Ku

Aku tak tahu apa yang ku rasakan...
dalam hatiku saat pertama kali lihat dirimu...
melihatmu...
seluruh tubuhku terpaku dan membisu...
detak jantungku berdebar tak menentu sepertinya aku tak ingin berlalu...
berikan cintamu juga sayangmu percaya padaku ku...
ku kan menjagamu hingga waktu menjemputku...
ku berikan cintaku juga sayangku percaya padaku...
ku kan menjagamu hingga waktu menjemputku...
saat ku tahu kau akan pergi jauh...
izinkan aku untuk selalu menantimu untuk katakan ku ingin dirimu...
agar kau tahu betapa ku terlalu mencintaimu...
aku akan menunggu hingga dirimu kembali untukku...
tolonglah aku bagaimana diriku ungkapkan itu rasa yang membelenggu dalam hatiku...
ku cinta padamu...
berikan cintamu juga sayangmu percaya padaku ku kan menjagamu hingga waktu menjemputku...


Buat Si Hati Beku...
Cairkan lah sedikit hati mu walau aku tidak dihatimu...
supaya nanti aku boleh membahagiakan dirimu..
mungkin kenangan pahit itu masih menyakitkan kan hatimu ...
dan untuk sekian kali kau membiarkan hatimu menjadi beku...
tidak sekali kali akan kau biarkan sesiapapun melukakan mu lagi...
tapi percayalah padaku...
ku mencintaimu...
aku akan menjagamu sehingga akhir waktu menjemputku...
biarkan hatimu mencair sekali lagi supaya aku berpeluang bersamamu...
aku akan bertahan menunggumu jawapan mu...
aku pasrah jika  akhirnya hatimu menolak ku...
tapi percaya lah padaku...
Aku akan pastikan dirimu bahagia...wahai si hati beku....

sunyinya diri ku tanpa mu......

Selasa, 17 Mei 2011

Mati....Pasti....

Kenapa sejak kebelakangan ini kakak asyik fikir pasal mati. Yang paling kakak fikirkan siapalah yang akan uruskan jenazah kakak nanti. Sampai ke situ kakak fikir...dan yang kakak fikir lagi..macamana rasa sakitnya mati. Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatulmaut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi bersabda, maksudnya :

“ Bahawa Rasulullah saw mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.” 

Sakit yang tidak dapat kita semua bayangkan dan kakak beristigfar....ampunkan lah dosa-dosa kakak..

Bersyukur pagi ni kakak masih boleh bangun sendiri, mandi sendiri dan pakai baju sendiri. Sampai saat kakak dijemput pergi, orang akan mengangkat kakak, orang akan mandikan kakak dan orang akan pakaikan kain putih bersih(dikafankan) dan kakak akan diusung ke tempat asal kakak diciptakan (tanah). Dan bersediakah kakak menjawab soalan-soalan daripada Malaikat yang diamanahkan. Semua perkara tu belegar-legar dalam kepala kakak...bersediakah kakak..moga2 kakak diberi pertolongan mengucap kalimah Allah dengan mudah bila masa kakak dijemput nanti. Aminnnnnnnn

"Ya Allah..hambaMU merayu hanya padaMU, berilah pertolongan kepadaku atas dahsyatnya kematian dan sakaratul maut”....

Dengan jelas, betapa besar jawatan kakak sandang, betapa hebat kakak didunia ini, betapa ramai orang yang menyayangi kakak (tak de yang sayang pun...), betapa banyak harta yang kakak kumpul (pun tak de...), kakak sedang menunggu "masa" untuk dipanggil kepadaNYA. Bila masanya sudah sampai, tidak akan kurang dan tidak akan lebih masa yang dijanjikan.  Ketika itu barulah kakak merayu untuk dihidupkan kembali untuk membuat kebaikan.

" Balik lah aku semula dan hidupkan lah aku kembali, sebab aku tahu adanya hari ini (hari akhirat) tetapi jawapannya...... "Tidak sekali kali".....

Dan pesanan buat kakak " tetapkan lah dalam hati, akan jumpa Allah"
Dan kakak doakan kalian semua diberi pertolongan dan dimudahkan segala urusan baik di dunia mahupun di akhirat.

Kakak pun nak cuba beberapa amalan tertentu yang perlu. untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut:

Sebelum tidur :

1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.
3) Membaca Tasbih

Amalan Harian :

1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardhu
3) Menghormati waktu azan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah



Rabu, 11 Mei 2011

Because I'm so stupid

Because I'm so stupid and such a fool
My eyes don't see nobody but you
Even though I know you love someone else
You could never know the pain that I felt
Oh oh oh

You probably never think of me at all
And I know we have no memories
But the one who really wants you is me
In the end only my tears will fall

I stay, you walk away
I stand back, watching you day by day
You can't see that I'm so in love with you
Like the wind you just fly right through (ohhh)

There are days when I just miss you so much
There are days when I just long for your touch
"I love you" somehow flies right off my lips and so
Once again I'm left crying for you
Once again I'm left here missing you
Baby I love you I'm waiting for you

You'll probably never have a dream of me
And I know I'm in love all alone
That's why we don't really have memories
In the end, I'll make them all on my own

Love's like a river of tears
That will flow whenever you're not here
Even though your heart will never be mine
It's enough just seeing you smile

There are days when I see nothing but rain
There are days when I just feel so much pain
"I miss you" somehow flies right off my lips and so
Once again I'm left wishing for you
Once again I'm left here missing you
Baby I love you I'm waiting for you

Bye, bye, never say goodbye
Even though it's not me by your side
I need you , I just can't say it but I want you
I cannot stop wishing for you

There are days when I just miss you so much
There are days when I just long for your touch
"I love you" somehow flies right off my lips and so
Once again I'm left crying for you
There are days when I see nothing but rain
There are days when I just feel so much pain
"I miss you" somehow flies right off my lips and so
Once again I'm left wishing for you
Once again I'm left here missing you
Baby I love you I'm waiting for you




i stalk your profile when i miss u....

Ini kisah sedih ku..aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..disaat ku berjumpa mu..hidupku terasa indah..setelah sekian lama tak jumpa..ku akui ku rindukan mu..saat itu aku amat ingin bersama mu... hancur hati ku bila ko menolak ku..and i stalk your profile when i miss u...tengok semua gambar u tanpa jemu..adakah kau juga memikirkan ku...semua gambar-gambar aksi mu...dalam caption kau menyatakan kau bahagia...reaksi aku meluat tapi sedih pun ada...dan kau seolah tidak mempunyai perasaan ...ingin aku membenci mu tapi aku yang tak tahan...
kau seolah memberi harapan di saat sunyi...kau seolah bermain perasaan...i stalk your profile when i miss u.....


Akhirnya lihat profile sendiri....hahahahahahah

Selasa, 3 Mei 2011

Sakitnya Perasaan......

Alhamdulilah luka excident tempoh hari dah makin baik dan tinggal lah parut menjadi kenangan...sabar je lah..Bukan pasal parut yang ingin kakak bebel kan, adatlah kalu dah luka mestilah tinggal parut. Kalau setakat parut, kakak tak ambik pusing poonnn...ini sakit perasaan pasal benda lain. Pasal memori dalam kepala dah makin berat...hooooohhh... kalau kakak ni komputer boleh juga upgrade..bestnya kalau otak kakak ni boleh  di "upgradekan"...ahakkkksss

Sebenarnya sakitnya perasaan bila mana banyak perkara yang akan kakak buat tidak disimpan dalam otak dengan betul. Kisah pertama bila mana kakak nak ke bandar untuk membayar bil astro, bil elektrik. bil air dan segala macam jenis bil dan bila saja kakak parking kereta yang susah nak dapat.. Barulah kakak perasan yang kakak lupa nak bawa bil2 tu..semua bil2 tu tertinggal kat opis.....adoooiiii...apa yang kakak fikir ni...sakitnya perasaan...sabar je lahh...

Kisah kedua pulok..semasa kakak berkursus di Primula Kuala Terengganu dan menginap di sana (walaupun rumah kakak dekat je). Saja nak merasa tidur hotel sekali sekala. Kakak lupa plok nak bawa pengesas hp dan akhirnya hp kakak kehabisan bateri..tapi tak palah sebab kakak akan pulang sekejab ambik bendaalah tu time lunch nanti tapi masa pulang ke rumah untuk ambik benda tu entah macamana hp kakak plok tertinggal kat rumah...adoiii...tu pun kakak perasan bila dah sampai kat hotel dan sekali lagi kakak pulang ke rumah ambik hp dengan sakitnya perasaan sambil memanjat tangga 4 tingkat (tinggi kan rumah kakak)...aadussss.....apalah yang kakak fikirkan....

Kisah ketiga plok..masa laptop kakak rosak...kakak balik ke rumah waktu  lunch untuk mengambil laptop yang rosak sebab kawan kakak kat opis dah janji nak baiki....dah set dalam kepala betul2 semua perkara. Sampai saja di rumah, kakak boleh plok lupa nak ambik kunci rumah yang ada dalam laci pejabat. Adusss...o.k tak pa2 ..cari idea dulu..haaaaahhh..kakak call kawan serumah yang kerja dekat rumah dan minta kunci dengan dia..dan kakak pun panjat lah tangga dengan nafas tercungah-cungah dan bila buka saja pintu rumah....adoiiii penatnya...laptop ada dalam bilik dan  bilik terkunci..kunci bilik kakak mestilah ada dengan kakak yang tertinggal bersama kunci rumah...tolongggggggggg....kenapa teruk sangat memori kakak ni....sakitnya perasaan..sabar je lahh....

Kalulah ada yang nak dijadikan isteri ni kene fikir juta2 kali ni...dan untuk menghilangkan semua sakit perasaan ini ....jom kita lihat permandangan di tingkat 8 Hotel Primula Terengganu...

Banguanan belah kiri tu aparment ladang...dan belah kanan tu Continental Hotel...

Ahad, 17 April 2011

Malang..Balasan Atau Ujian....

Kenapalah kebelakangan ini nasib kakak malang sangat. Kalau bagitau orang tua memang  diorang dah suruh kakak mandi bunga atau bawa berubat (jumpa tok bomoh) tapi kakak malas nak percaya semua tu. Kakak tawakal dan berserah pada Yang Masa Esa serta memohon melindungi kakak dari perkara-perkara sebegini daripada berulang. Mungkin ini semua ujian buat kakak atau balasan atas dosa2 yang kakak lakukan. Manusia tak ada yang sempurna kan, asalkan kita cepat sedar dan insaf atas dosa2 kita, insya Allah akan terima keampunan yang kita minta. Wah....apa yang sebenarnya berlaku pada kakak hingga kakak bebel macam ni sekali....

Mula-mula sekali peristiwa kakak terlanggar pintu kereta masa nak masuk kereta dan terkena pada bahu sebelah kiri kakak. Sakitnya Tuhan saja yang Tahu..terutama masa kakak mandi bila air jatuh di atas bahu kakak..adoiiii ..sakitnyaa...lepas tu peristiwa kakak langgar pulak drawer besi yang terbuka dan terkena pada paha belah kiri sehingga tercalar dan sampai sekarang tempat yang kene tu bertukar warna biru ( lebam )...sebelah badan kiri kakak sakit-sakit dan kakak ingat nak berurut tapi biarlah dulu. Akhirnya peristiwa terakhir (harap-haraplah yang terakhir) yang masih terbayang-bayang sampai sekarang. Kakak telah digesel  oleh kereta yang bawa laju semasa adik kakak bawa motor dan kakak penumpang...mmmmmm...boleh agak lah kan risiko bagi penunggang motosikal..risiko kecederaan lah jawabnya...kakak ingat lagi..lepas je lampu hijau bernyala dan adik baru mula nak bergerak..tiba-tiba saje kereta yang dipandu laju (sebelah kanan) menghimpit kami menyebabkan motosikal tidak sempat dikawal dan kami tergolek di atas jalan dan dihempap motor....masa tu kakak cuma ingat kalu ada keta lain yang bawa laju mungkin dah melanggar kami kat tengah jalan raya tu,..dan tinggal gemuloh lah jawabnya....tapi alhamdulilah umur kakak dan adik panjang lagi.. keadaan cepat dikawal oleh orang ramai yang semua berenti secara tiba-tiba....masa tu kakak cuma fikir nak ketepi jalan dan ramainya orang yang  datang tengok menyebabkan kakak rasa malu sangat...yang penting soalan pertama yang keluar dari mulut kakak " o.k tak muka saya" sebab tadi kakak rasa muka kakak mencium jalan tar dan terasa bengkak sikit kat bibir. Orang yang jawab tu kata " tak de apa2"..kelakar plok bila ingat balik pertanyaan tu..tapi alhamdulilah empunya kereta tu sanggup menanggung segala kesalahan.....dan tak henti2 memohon maaf sampai kakak cakap..tak de apalahhh...cukup2 lah minta maaf...kakak pun tak call sapa2 pun...takut mak kat kampung risau..jadi kakak dan adik urus sendiri semuanya...

Dan hari ni baru lah complete satu badan sakit-sakit dan ditambah luka di kaki dan tangan....dan ni lah masa nya kakak kene cari tukang urut...satu badan dah sakit....aaduuuuuulaaaaaahhhh....apalah malangnya nasib kakak...adakah ini satu balasan atau ujian Allah untuk kakak...????? apapun anggaplah ni ujian Allah terhadap kakak....sabar lah kakak...

Luka sikit jeeeee..hahahaha...padan muka..
( masa nak ambik wuduk dan nak solat..adduuussss..sakitnya masa nak lipat kaki .. .)


sangat pedihhhhh.....tolonggg...


Khamis, 7 April 2011

Mimpi Peringatan Pada ku....



Malam tadi kakak bermimpi yang semua umat islam wajib percaya akan datang hari kiamat yang amat menakutkan, mungkin disebabkan kebelakangan ini banyak berlaku peristiwa dasyat yang terjadi terutama di negara Jepun sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mimpi adalah mainan tidur tapi sekurang-kurang hadir mimpi sebegini membuatkan kita lebih menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa mengingati Allah.

Dalam mimpi itu, kakak dan seorang kawan (perempuan tapi tak ingat sapa) sedang ambil angin sambil makan2 di tepi pantai, cuaca masa itu sangat indah dengan angin pantai yang nyaman dan matahari yang dilindungi awan...sangat tenang dan damai. Ada beberapa keluarga juga sedang bermain air di persisir pantai. Seronok tengok gelagat anak-anak kecil yang dikejar ombak sambil ketawa riang. Tapi dengan tiba-tiba cuaca bertukar menjadi gelap seumpama matahari hilang di alam maya dan masa tu juga kakak tengok ombak besar datang ke arah kakak dengan ketinggian yang tak dapat dibayangkan. Kakak lari sekuat hati tapi kakak masih sempat fikirkan anak2 kecil yang bermain di tepi pantai tadi dan kakak juga boleh agak mereka memang tak sempat lari....sedihnya fikirkan mereka. Sekali lagi kakak menoleh ke belakang dan masa tu kakak cuma fikir " memang mati lah kakak hari ni" tapi entah macamana kakak sempat juga lari sampai satu kawasan kampung. Belum sempat kakak berlindung di kawasan itu, tiba-tiba hadir seakan bebola cahaya dari langit yang jatuh dan membakar rumah-rumah kampung di situ. Ya Allah..takutnya kakak dan masa tulah kakak sudah boleh agak dunia dah kiamat....pastu kakak tersedar...Ya Allah..takutnya kakak...
Sebenarnya kakak juga pernah mimpikan kiamat masa kakak sekolah dulu dan mimpi pertama tu masih kakak ingat sampai sekarang. Masa tu kakak tengok ramai orang berlari-lari tak tentu hala. Bila kakak tengok semua orang pandang ke langit, kakak turut pandang dan sekali tengok awan sedang bergulung-gulung dan kakak mendengar orang sedang menjerit dunia dah kiamat......pada masa tu lah orang berlari-lari mencari masjid dan berebut-rebut mengambil wuduk termasuk lah kakak....mmmmmmm....ingat sampai sekarang part yang ambik wuduk dan awan yang bergulung-gulung. Masa ini lah baru nak ingat Allah tapi sebenar nya dah terlambat pun..DUNIA DAH KIAMAT...tapi baru lah berlumba-lumba mengejar akhirat.
Harap-harap mimpi ini menjadi ikhtibar buat kakak dan sahabat-sahabat kakak untuk lebih mendekatkan diri pada pencipta bumi. Supaya mimpi ini menjadi satu peringatan buat kakak.

zul....kakak share blog zul untuk semua..tanda-kiamat-makin-hampir.htm....harap diizinkan...

Isnin, 7 Mac 2011

Kebaikan 10 Kali Ganda..Apa Lagi Yang Kita Kejar...??


Lama rasanya kakak tak menulis, nak kata sibuk..tak lah sangat..mungkin tiada idea dan dicampur plak dengan malas dan didarab plok dengan kuat koya serta ditolak plok dengan melayan perasaan yang entah apa2. Kakak pun dah malas nak menulis panjang macam cerpen...nak menulis seringkas yang mungkin dan mudah nak faham untuk melayan perasaan kakak sendiri. Sedikit pengajaran untuk kakak minggu ni untuk menambahbaik kebaikan dunia supaya senang di akhirat.
Tok guru mengaji telah menasihatkan kakak dan sahabat supaya bacalah ayat Al Quran walaupun satu surah Al-Fatihah kerana sesungguhnya dengan 1 huruf kita akan mendapat 10 kebaikan. Bayangkan lah betapa banyak nya kebaikan yang Allah berikan kepada hamba-hambanya apabila kita membaca Al -Quran kerana Allah. Ditambah pulak keberkatan yang kita peolehi apabila kita membaca dan dihindari daripada hasutan syaitan dan iblis. Mungkin kita tidak nampak tabungan yang kita lakukan tapi percaya Allah telah menghitung segalanya dan percaya rahmat yang telah Allah janjikan. Sudi-sudikan lah diri kita menambung untuk persediaan di akhirat kelak. Ingat kakak yeee.......
Kakak pun manusia biasa dan tidak lari dari lalai dan leka..moga2 Allah sentiasa tunjukkan hidayah pada kakak, keluarga, sahabat seagama dan seluruh muslimin dan muslimah di dunia ini. Tok guru juga memgingati kakak dan sahabat bahawa "Bersedia lah.... Kita Sudah Berada di Hujung Zaman"....Bersediakah kakak untuk bertemu Allah...Maha Suci Allah...takutnya kakak....



Khamis, 3 Mac 2011

Kenapa??


kenapa dikenang pada orang tak sudi
kenapa dirayu pada orang yang benci
kenapa rasa hati tidak mahu lepasi
kenapa susah untuk melupai

kenapa perlu sakiti hati
kenapa wajah dia yang membayangi
kenapa debaran jantung diiringi
kenapa dia yang ku cintai

kenapa jatuh cinta lagi
kenapa pada yang beku hati
tolong lah hati ..lepaskan dia pergi...
aku tak mahu sakit lagi..

Rabu, 23 Februari 2011

Lelaki.....aiiii...susahnya nak faham...



Lelaki....dulu kakak di keliling ramai adik beradik lelaki sampai kelakuan kakak sendiri macam lelaki..sempoi...ganas...suka bertumbuk...pantang dicabar...tu zaman kanak-kanak kakak. Mungkin faktor adik beradik lelaki yang ramai disekeliling kakak dan kakak terikut-ikut perangai lelaki. Tapi kenapa bila kakak dewasa kakak susah nak faham apa yang lelaki fikirkan. Apa yang mereka nak...apa yang mereka perlukan..kadang-kadang kakak inginkan zaman kanak-kanak tidak berlalu supaya kakak sentiasa memahami lelaki seperti dulu...lelaki...aaiiiii...susahnya nak faham sekarang ni...
Adakah lelaki sukar dimengertikan atau ego lelaki terlalu tinggi sehingga selayaknya mereka boleh berbuat apa saja bila mereka dewasa. Mahal sangat kah harga seorang lelaki atau adakah pilihan di tangan lelaki dan akhirnya perempuan hanya mengikut saja...mmmmm...aaiii..susahnya nak faham...

Ada satu cerita kakak nak kongsikan pasal lelaki, mungkin tak semua lelaki macam ini tapi lelaki tetap sama. Tak pernah cukup dengan kasih sayang ..selalu ingin dicintai walau kadang-kadang sudah bertimbun kasih sayang yang diberikan. Biarlah kakak namakan lelaki ini dengan panggilan Awe. Orangnya biasa saja dan muda lagi. Awe telah berkahwin dengan seorang perempuan yang sangat lembut atas dasar suka sama suka..pendek kata mereka bercinta sakan jugak lah. Perkahwinan itu jugak boleh dikatakan meriah dan sangat membahagiakan. Tapi macam kakak cakap sebelum ini...kita merancang Allah yang menentukan perjalanan hidup kita. Selepas 2 bulan berkahwin, Awe sekali lagi berkahwin dengan seorang perempuan yang lebih muda dari isterinya. Aduuuussss...hebatnya orang yang bernama Awe ni..walaupun masih baru berkahwin dan tengah berbulan madu masih sempat "mencelah" berkahwin seorang lagi. Akhirnya isteri pertama mendapat tahu dan isteri mana tak marah kan... bila isteri pertama bertanya kenapa sanggup menduakan dia ..alasan Awe cukup membuatkan kakak panas hati. Katanya isteri kedua nya telah mengandung anaknya dan mereka terlanjur "satu kali je" sebelum Awe kahwin dengan isteri pertama..aaaddduuuussss sakitnya hati dengan alasan Awe..tak tahu lah Awe tu rasa bersalah ke tak...moga2 Awe bertaubat atas perbuatan nya..dan sebenarnya kakak dengar semua cerita ini daripada isteri pertama sambil bercerita sambil mengesat air mata yang jatuh bercucuran. Sampai kakak turut simpati...sian diaa....

Lelaki...aiiii..susahnya nak faham...


Isnin, 14 Februari 2011

Kesilapan Nyata dan Sembunyi



Yang bertanda merah merupakan kesalahan yang sering berlaku semasa membaca Al-fatihah. No.9 adalah kesalahan bacaan kakak yang ditegur oleh ustaz kemarin..

Alhamdulilah terbuka sudah pintu hati kakak tahun ini untuk memasuki kelas iqra yang dianjurkan oleh pejabat kakak...syukur pada Allah Yang Maha Esa dibukakan pintu hati kakak dan hendaknya Allah sentiasa memberi petunjuk pada kakak dan sahabat2 kakak dalam meneruskan hidup ini yang cuma pinjaman semata-mata. Alhamdulilah ustaz yang mengajar kakak seorang lelaki yang sabar, sangat baik hati, suka memberi nasihat dan sentiasa ingin mengingati nama para pelajarnya seramai 40 orang....walau kadang-kadang dia memangil nama kakak dengan panggilan Fairus ( nama salah seorang pegawai) ..tak pa kakak tak kisah...hakikatnya sebenarnya banyak yang kakak mesti pelajari dalam mendalami sebutan2 ayat suci al-Quran dari segi kesilapan yang nyata dan sembunyi.
Tapi apa yang kakak ingin kongsikan di sini adalah mengenai bacaan surah Al-fatihah yang mesti dibaca dengan betul oleh setiap orang. Surah ini juga dibaca dalam solat yang kita lakukan 5 kali sehari. "Bacalah Al-fatihah dengan betul supaya solat kamu diterima Allah" mmmmmmm....apakah selama ini bacaan Al-fatihah kita dibaca dengan betul?? Pasti kah kita??Kalau tidak..apakah kita sedari atau apakah kita akan biarkan saja???...banyak nya yang perlu kakak pelajari. Kemarin ustaz menguji setiap para pelajar membaca Al-fatihah dan kakak menjadi peserta yang terakhir membaca al-fatihah didepan ustaz..alhamdulilah kakak dapat membaca dengan betul setelah ustaz memberi tunjuk ajar dengan panjang lebar. Semoga Allah panjang kan umur ustaz dan sentiasa kuatkan tubuh badan ustaz untuk terus mengajar kakak dan sahabat2 kakak dalam mendalami ayat-ayat Al-quran.
Terdapat dua kesalahan yang biasa dilakukan semasa membaca Al-Quran iaitu Jaliyun (terang) dan khofiyun (sembunyi) .

Kesalahan Terang
- Salah sebutan huruf
- Salah baris huruf

Kesalahan Sembunyi
-Pembacaan dengung pada tempat tidak dengung
-Tidak mengcukupkan kadar harakat mad
-Tidak menyebut sifat huruf dengan betul



Ustaz berpesan pada kakak dan sahabat2 supaya perbetulkan ayat-ayat yang dibaca dalam solat dengan harapan buat yang terbaik dan serahkan kepada Allah. Tiga konsep yang perlu kita ingat dalam hidup ini iaitu berusaha, berdoa dan bertawakal. Hendaklah kita berusaha sedaya upaya sekiranya kita inginkan sesuatu dan kita teruskan berdoa kepada Allah selebihnya kita bertawakal kepada NYA supaya kita menjadi manusia yang lebih baik. Walaupun telah tertulis di luhMahfuz semua perkara mengenai takdir hidup kita, tapi Allah suka sekiranya kita menjadi manusia yang berusaha dan berdoa serta bertawakal. Kata Nabi " Doa itu senjata orang mukmin". Jangan putus berdoa kepada Allah memohon pertolongan supaya diberikan keberkatan dan keredhaan sepanjang hidup di dunia ini dan pada NYA kita akan kembalikan.

Apabila kakak teringatkan arwah kesayangan kakak..perkara pertama yang kakak akan buat ialah sedekahkan al-fatihah kepada mereka, semoga mereka semua tenang di sana. Pernah sekali kakak datang ofis tanpa mekap dengan tidak di sangka seorang kawan menegur wajah kakak berseri2..sedangkan siapa pun tahu wajah kakak penuh dengan jerawat tapi dalam hati kakak berkata "mungkin berkat bacaan Al-fatihah yang tak henti2 kakak baca" sebab masa tu kakak baru kematian adik beradik...kakak ingat lagi masa tu kakak tak henti2 baca alfatihah dan ayat kursi..kakak sentiasa ulang membaca al-fatihah dengan tidak jemu2...rasanya tiada sebab lain wajah kakak berseri2..itu lah fadhilatnya surah Al-Fatihah...Jadikan amalan membaca surah Al-Fatihah pada setiap masa dan di mana saja...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...