Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Khamis, 9 Jun 2011

Layan Ustaz Azhar

Mesti korang pun ada idola dalam hidup kan...kakak pun ada idola jugak...idola kakak mestilah ustaz Azhar Idrus yang sangat kakak kagumi...kakak kenal ustaz Azhar masa kakak menyewa rumah sekarang dimana setiap 2 minggu sekali dia akan memberi ceramah agama di surau dekat rumah sewa kakak...dekat sangat surau tu  sampai suara dia kadang mengegarkan rumah kakak..heheheheheh...jadi tak payah lah kakak turun ke surau...

Ini antara nasihat yang kakak ingin kan kongsikan bersama....

Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"......

1. Harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan anak berbaik-baik kepada kawan nya
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua dalam satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya
11. Arak sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Para artis-artis disanjung2
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat atau menyalahkan generasi pertama

Antara nasihat ustaz Azhar yang sempat kakak ambil....

Bala yang pertama adalah angin yang berwarna merah iaitu angin ahmar (strok), bukan kene kepada orang yang membuat maksiat saja tapi ini lah menunjukan bala telah diturunkan untuk peringatan kemungkaran Allah kepada hamba NYA. Tengoklah betapa ramai orang yang mengalami sakit angin ahmar sekarang ini.

Apabila disia-siakan amanah ....tunggulah saat kehancuran langit dan bumi (kiamat)....

Tidak taat kepada suami ...hukum nya berdosa besar dan amalnya tidak diterima serta masuk neraka..
Nabi berkata "Jikalau mengalir darah dan nanah dari atas kepala hingga ke kaki suami, maka dijilat nanah tersebut oleh isteri sampai licin, belum lagi menunaikan ketaatan yang sebenar hak suami"....sebab itu lah ramai perempuan masuk neraka...
"isteri yang solehah apabila memandangkan mukanya menyenangkan kamu"....wajib senyum kepada suami walau suami salah sekalipun....susah sekarang ni nak buat ni...tapi wajib perempuan senyum kepada suami....

Kakak mengharapkan kakak dapat menjadi isteri solehah buat suami nanti...dan kakak doakan supaya umat islam di dunia dijauhi daripada bala dari Allah s.w.t....takutnya kakak....


Ni lah ustaz Azhar Idrus kalu nak kenal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...