Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Khamis, 30 Disember 2010

Kenangan 2010


..Sesungguhnya kakak rindu gelak tawa Abang Su..

Januari 2010…..bermula tahun baru di mana semua orang memasang azam dan cita-cita baru untuk digapai dan berusaha untuk menyambung azam lama yang masih tidak tercapai. Begitu juga kakak tidak terkecuali memasang angan2 pada tahun 2010 (angan2 kakak biarlah Allah saja yang Tahu). Kakak juga tak pasti adakah tahun ini tahun yang bertuah untuk kakak atau sebaliknya, tercapaikah angan2 kakak atau sebaliknya..yang pasti cukuplah kakak berdoa pada Allah dimudahkan segalanya…impian..anggan2..cita-cita..mmmm..susah nak di terangkan..seperti yang kakak nyatakan sehebat mana pun kita merancang..Allah jua yang menentukan segalanya..berusaha..berdoa..tawakal..Insya Allah akan dipermudahkan segalanya..
Pertemuan dengan adik perempuan kakak menyatakan pada kakak pada tahun ni “instinct” nya merasakan tahun ini merupakan tahun yang malang bagi nya..Wah!! main2 firasat macam tok bomoh lah plak adik kakak ni..katanya “ Kak A cuma rasa tak sedap hati..ayah sakit, paper semester ni susah..nampak macam tahun yang malang je” Ishkkk…jangan cakap macam tu..tak baik, doalah dipermudahkan segalanya, awal2 tahun dah jatuh kan semangat kakak..mmm…adakah memang tahun yang malang seperti firasat adik kakak?????

25 Januari 2010…..Tertulis sudah ayah yang membesarkan kakak pergi mengadap Ilahi setelah 10 bulan melawan sakit angin ahmar yang dihidapi..tarikh yang tidak akan kakak lupa dan masih segar dalam ingatan kakak sehingga kini. Kakak masih ingat sebelum kakak menerima berita kematian ayah, kakak baru saja selesai menunaikan solat magrib, kebetulan ada ceramah ustaz Azhar di surau dekat rumah sewa kakak dan sedang kakak asyik mendengar ceramah ustaz dengan tiba-tiba kakak tidak sedar macamana minyak wangi yang berada di tepi kakak telah terjatuh dan pecah. Sekejab je rumah kakak wangi semerbak dengan minyak wangi yang pecah dan kaca berselerak. Terdetik dalam hati kakak rasa macam ada berita buruk yang bakal kakak hadapi tapi kakak fikir itu hanyalah mainan perasaan. Selesai saja kakak bersihkan kaca minyak wangi, tiba2 telefon kakak berbunyi dan akhirnya sangkaan kakak betul, berita kematian ayah yang kakak terima daripada abang Cik menyentap jantung kakak sehingga kakak tidak tahu apa yang perlu kakak lakukan. Abang Cik beritahu ayah meninggal lepas magrib dan masa itu lah minyak kakak jatuh berderai. Adakah ianya petanda buat kakak??? Perjalanan kakak pulang sejauh 106km diselang seli dengan air mata dan doa yang tak putus-putus. Sampai saja kakak di rumah, terus kakak mengadap jenazah ayah yang telah ditutup muka dengan kain putih. Kakak buka kain yang menutup wajah ayah, pasti kakak akan merindui wajah yang banyak berkorban untuk kakak dan kelaurga..ayah..cepatnya ayah tinggalkan kakak...kakak cium dahi ayah, kakak menangis… Dalam linangan air mata, kakak membaca yasin di hujung kepala arwah ayah dan mengharapkan agar Allah menempatkan roh ayah dikalangan orang2 beriman. Ayah..minggu lepas kakak dapat rasakan sikap ayah berlainan..ayah merenung kakak sampai kakak rasa ayah ingin menyatakan sesuatu pada kakak, lama ayah renung kakak, memang kakak perasan cuma kakak tak sampai hati nak bertanya dengan keadaan ayah yang tak bermaya; kenapa ayah renung kakak macam tu. Rupanya renungan ayah yang lama pada kakak merupakan petanda renungan terakhir ayah melihat anak ayah ini. Sungguh kakak tak perasan… Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tempatkan roh ayahku di kalangan orang-orang soleh, kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani diriku sewaktu aku masih kecil. Tak putus2 doa kakak kirimkan agar roh ayah tenang di sana dan hanya itu lah yang mampu kakak lakukan. Alhamdulilah sempatlah kakak berbakti semasa arwah masih hidup dan kalian yang masih punya mak dan ayah sesungguhnya berbakti lah pada mereka, hidup kalian akan berkat dengan redha kedua ibubapa yang dikasihi. Beruntung lah kalian yang masih punya ibubapa di mana bakti yang kalian berikan akan dibalas oleh Allah dengan rahmat yang cukup besar. Al-fatihah untuk arwah ayah yang dikasihi, kakak redha pemergian ayah..hakikatnya kakak rindukan ayah...


29 Januari 2010…..Nenek sebelah ibu yang kami adik beradik memanggil dengan panggilan Mak dijemput Ilahi setelah 5 hari ayah tiada. Kakak kehilangan satu-satunya nenek yang masih ada. Tiada lagi tempat kakak untuk bermanja, sebab sepanjang hayat, mak suka memanjakan semua cucu-cucunya. Sebelum pemergian mak, dia ada bertanyakan adik kakak yang tolong memandikan jenazah ayah, mak ada bertanya jenazah ayah lembut atau keras, abang Ngah beritahu mak jenazah ayah lembut dan mak menjawab kalau lembut kemungkinan saudara perempuan terdekat akan ikut ayah. Tapi masa itu juga kakak tak perasan kata-kata mak yang dia juga akan pergi. Mak….akhirnya mak ikut ayah sekali..kakak doakan roh mak tenang di sana bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah….

Kakak lalui semuanya bersama dengan seorang ibu, seorang abang, 6 orang adik (2 perempuan dan 4 lelaki), seorang adik ipar (isteri abang ngah) dan seorang anak saudara perempuan yang sangat comel. Semuanya tinggal bersama kecuali kakak yang menyewa di Kuala Terengganu dan kak A yang belajar UMT. Manakala abang pula yang bekerja di UMT berulang alik dari UMT ke rumah untuk menemani ibu selepas ayah pergi buat selamanya.

Raya Aidilfitri tahun ni memang kakak rasa raya yang tidak ada makna buat kakak. Maaflah bukan kakak tak redha atas kehilangan ayah tapi kakak rasa dah tua nak menyambut raya. Cukuplah kakak sediakan baju raya untuk adik-adik yang kecil dan untuk anak saudara yang comel supaya mereka gembira walau kakak tak ada semangat nak beraya. Biarlah adik2 kakak gembira. Semangat raya macam terlalu hambar untuk kakak. Pagi raya tempat yang kakak tak sabar untuk kunjungi adalah kubur arwah ayah. Bersama abang dan adik-adik , bacaan yasin dan doa-doa diaminkan bersama dengan siraman air ke atas kubur arwah ayah dengan mengharapkan agar Allah tenangkan arwah di sana , supaya nanti anak2 berjumpa ayah dengan wajah berseri-seri..aminnnnnn..

31 Oktober 2010…Allah menguji kakak lagi..bagai batu menghempap kepala dan dada kakak, berita mengenai kemalangan abang, abang ngah, abang su dan maiyaya menyentap dada kakak. Kakak…………………………………………(tiada ayat lagi mampu kakak ungkap). Pemergian yang sudah tertulis. Seminggu sebelum kemalangan kakak sempat bersama arwah abang menonton lawan futsal dan selepas tengok perlawanan futsal kakak sempat membawa abang su mandi air terjun di Lata Tembakah. Tapi sedikit pun kakak tak nampak perubahan mereka, sungguh kakak tak perasan…rasanya tak ada apa lagi kakak nak kongsi, semuanya penuh ingatan dalam hati kakak, kakak tak nak sedih lagi, kakak redha ketentuan Allah berikan pada kakak dan keluarga. Raya Aidiladha disambut dengan bacaan yasin di kubur kesayangan kakak yang disemadikan bersama dalam satu liang lahad. (kakak tak nak cerita panjang..)

Akhirnya tahun 2010 bakal menutup tirai nya, betulkah perjalanan kakak tahun ni malang seperti adik kakak rasakan??? Mmmmmm…Sebagai umat islam yang wajib percaya pada ketentuan yang tertulis di Luh Mahfuh kakak tak boleh sekali-kali prasangka buruk atas apa yang berlaku. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Kakak memohon Allah tabahkan hati kakak dengan kekuatan rahmatnya untuk kakak jalani hidup di dunia ini yang mana kematian kakak juga pasti. Tiada apa lagi yang kakak harapkan selain mendoakan semoga Allah menempatkan kesayangan kakak dikalangan para solihin…aminnnnnnn…

Tahun 2011…kakak masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang Allah pinjamkan buat sementara waktu ni. Alhamdulilah... semoga tahun baru ni kakak sentiasa diberi petunjuk untuk berbuat baik dan sentiasa diberi rahmat dan berkat Allah di samping kakak dan keluarga. Ingat lah .. "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal solih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kebenaran"...Surah Al-Asr.




Isnin, 27 Disember 2010

Air Mata Di Penjara

Minggu lepas mak call tanya kakak balik kampung tak minggu ni. Katanya nak minta tolong kakak hantarkan seorang makcik yang di tinggal berhampiran rumah kakak pergi melawat anak sulung di penjara ............(rahsia yeee). Kakak dah boleh agak apa kesalahan anak makcik tu sebab sekarang ni memang dah menjadi trend anak-anak muda seronok dengan dunia fantasi. Apa itu dunia fantasi??? Pengambilan dadah yang dipanggil pil kuda atau dalam bahasa sintifik dipanggil methamphetamine (nama pun cantik). Mak cerita dia datang rumah minta tolong dan menangis kerana anak sulung yang menjadi harapan dan contoh adik-adik telah ditangkap semasa sedang lepak bersama kawan-kawan. Kesian nyaa...doa kakak dalam hati moga-moga makcik tu tabah dalam menghadapi ujian ini. Cerita mak lagi, suami makcik tu dah melarang dia ambik berat pasal anaknya tapi makcik itu pujuk jugak suaminya. Akhirnya suami nya izinkan jugak makcik ni pergi bersama kakak. Bapa mana tak sayangkan anak kan...
Sepanjang perjalanan, makcik tu mengadu resah kenapa lah anaknya tak seperti anak orang lain. Malu sungguh katanya ..mana nak letak air muka, tak henti-henti dia mengadu..kesian kakak tengok wajah yang sugul tapi kakak nasihatkan dia ini adalah ujian Allah untuk menguji hambanya..DIA menguji hambanya dengan pelbagai cara..sabarlah..
Sampai saja di pintu masuk tempat melawat, ramai rupanya keluarga yang hadir untuk melawat ahli keluarga masing-masing. Yang paling kakak kagum adalah layanan petugas kaunter cukup manis dengan senyuman semasa mendaftarkan nama anak makcik untuk di panggil keluar. Sebenarnya kakak pun tak reti sangat pasal undang-undang penghakiman ni, kata makcik ni anaknya boleh di ikat jamin dan dibebaskan sehingga menunggu hari perbicaraan (dalam RM2000.00 jugak jaminan) tetapi suami makcik tak benarkan makcik ikat jamin anaknya. Mungkin suaminya ingin memberi pengajaran pada si anak tapi bila keadaan ini berlaku si anak mula fikir bahawa abah nya dah tak sayang padanya..susahnya kalu nak di fikir..
Sambil menunggu si anak dipanggil keluar, kakak perhatikan setiap banduan dan keluarga yang sedang berborak mengunakan telefon yang disediakan..kebanyakkan menangis terutama ayah dan ibu. Ada satu keluarga (dalam 5 orang), mungkim adik beradik sebab nampak muda semuanya, kakak agak si abang yang dipenjarakan. Bila nampak saja si abang di bawa keluar, semua adik beradik menangis, itu baru saja tengok wajah dah menangis belum lagi bertanya kabor, kakak boleh rasa perasaan itu...sedihnya....
Akhirnya anak makcik tu keluar , terlihat saja ibunya, si anak bukan main senyum lagi..seronok agaknya ibu datang melawat. Kakak bagi peluang makcik itu bersembang dengan anaknya..mula-mula dia senyum tengok ibu dan kakak, pastu kakak tengok dia dah mula tunduk...kakak pasti makcik tu sedang menangis...kesiannyaa...
Makcik tu suruh kakak nasihatkan si anak...kakak ni bukan pandai sangat nak nasihat kan orang tapi kakak cakap kat dia..tak kesian ke kat ibu, ibu menangis datang rumah sebab abang..abang berubah lah....dia tunduk dan mengangguk. Sebenarnya anak makcik ni muda lagi, kakak tak kenal sangat peel anak makcik ini, tapi dari raut wajah, dia macam menyesal apa yang telah berlaku tapi disebabkan salah pilih kawan..ini lah akibatnya..yang penting kakak sempat nasihatkan dia supaya jangan tinggal solat..dan dia mengangguk lagi..dia juga sempat ucapkan terima kasih pada kakak sebab sudi membawa ibunya datang melawat. Kakak doakan dan harapkan dia akan berubah dan insaf akhirnya...
Sebenarnya selain melawat si anak, masa ini lah si anak akan meng "order" segala keperluan seperti makanan, keperluan mandi dan lain-lain untuk keperluan sendiri. Akhirnya duit makcik ni terbang sebanyak RM 80.00...mmmm demi seorang anak..itulah pengorbanan seorang ibu..sebelum berpisah kedua-dua pasang mata bagai tidak mahu berpisah..sempat lagi si anak berpesan supaya makcik ni datang menjeguk dia lagi...apapun kakak doakan si anak itu akan berubah dan menjadi insan yang berguna bila dibebaskan kelak. Kesian si ibu...ini lah dinamakan "Syurga Dibawa Tapak Kaki Ibu"......





Isnin, 20 Disember 2010

Kakak di minta amal Selawat Al Fatih

Petang tadi, sedang kakak sibuk memberi markah penilaian Skt 2009 untuk staf-staf kakak, hadir seorang adik ke meja kakak. Macam-macam yang kami sembang kan dari bab bomoh, bab air mata, bab hati hinggalah bab cinta. Akhirnya kakak di minta oleh adik tersebut untuk mengamalkan selawat Al Fatih..katanya semoga kak ha di permudahkan segalanya...perkara yang baik apa salah kakak kongsikan untuk kalian sekali. Selamat Beramal.


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيَّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ

وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ

قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ



“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar

Fadilatnya:
  • Barangsiapa membaca selawat i ni 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
  • Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
  • Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
  • Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.


Rabu, 8 Disember 2010

Salam Maal Hijrah...bangkitlah kakak

Assalamualaikum...salam Maal Hijrah 1432 buat umat islam yang dikasihi Allah semoga hari-hari mendatang sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan yang berkekalan dari NYA. Pada hari ini, mungkin kakak dan kalian semua lebih mengenali tahun baru Kalendar Gregory yang merupakan kalendar yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Tapi kakak bukan nak bercerita pasal kalender yang dicipta oleh orang bukan islam yang mana dunia sekarang akan menyambutnya dengan cukup hebat sekali tapi kakak ingin berkongsi dengan kalian semua kelebihan kalendar islam yang sepatutnya kita lebih kagumi dan ingati. Kalendar yang bermula pada bulan Muharam ini diharapkan mendapat semangat baru yang yang kakak harapkan akan tercapai dengan doa2 yang diutuskan kepada yang Maha Esa.

Sebelum masuknya tahun baru hijrah marilah kita sama-sama amalkan dengan membaca doa akhir tahun pada akhir waktu solat asar, mendoakan agar dosa-dosa kita di ampunkan Allah pada tahun ini dan membaca doa awal tahun selepas solat mahgrib agar kemurahan rezeki yang melimpah, perlindungan daripada syaitan dan memohon keberkatan serta keredhaan sepanjang perjalanan di dunia yang sementara ini.

Hakikat sebenarnya kakak pun tak mendalami jugak takwin islam ini dan jauh di sudut hati kakak tertanya-tanya apa makna di sebalik nama bulan-bulan islam yang sepatutnya kakak sebagai orang islam memahami dan ketahui. Allah Maha Mengetahui apa yang kakak cuma detikkan dalam hati bila mana kakak terbaca satu keratan yang mengandungi makna bagi bulan-bulan islam. Walau sedetik Allah Maha Mendengar apa kakak inginkan..Allah Maha Mendengar sesungguhnyaa....

Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun..Jom kakak terangkan...

Muharam- Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.
*1 Muharam-Awal Muharam/Maal Hijrah

Safar- Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan ini, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.

Rabiul Awal- Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat islam.
*12 Rabiulawal -Maulidur Rasul( Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w)

Rabiul Akhir- Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

Jamadil Awal- Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

Jamadil Akhir- Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

Rejab- Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.
*27 Rejab -Israk dan Mikraj

Sya'aban- Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. (Baitullah)

Ramadan- Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.
*1 Ramadhan-Awal Ramadhan/Berpuasa
*17 Ramadhan-Nuzul Al-Quran

Syawal- Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan.
*1* Syawal-Hari Raya Puasa

Zulkaedah- Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.

Zulhijjah- Ertinya menunaikan haji, bulan ini umat Islam sejak nabi Adam A.S. menunaikan ibadah haji.
*1 Zulhijjah-Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah-Hari Raya Korban


Kakak lahir pada 10 Sya'aban.. Adakah kalian tahu bilakah tarikh lahir kalender islam kalian....????


*Tengoklah betapa besarnya kebesaran Allah..Tengoklah betapa besarnya matahari yang akan berada sejengkal di atas kepala bila kita kembali ke akhirat kelak??..Lihat lah saiz bumi yang kita diami...bersediakah kita???

Khamis, 2 Disember 2010

Rindu Tidak Tertanggung


Rindu Tidak Tertanggung
Pada seraut wajah sedarah
Tiada lagi dapat merenung
Pada semerdu suara senada
Tiada lagi dapat mendengar
Pada gurauan seirama
Tiada lagi dapat gelak bersama
Hanya bayangan menerawang di mata
Hanya kerinduan menusuk di jiwa


Rindu Tidak Tertanggung
Pada hari bermasam muka
Tiada lagi jeritan tangisan
Pada senyuman yang terukir
Tiada lagi dapat membalas
Hanya doa-doa meniti di bibir
Hanya pada NYA ku memanggil

31 Nov ...Kembali nya mereka kepada Ilahi
Rindu Tidak Tertanggung

Al-Fatihah

Selasa, 30 November 2010

Takdirnya pasti..perginya kesayangan kakak...


Takdirnya sudah pasti, perginya 5 orang kesayangan kakak pada tahun 2010 yang tidak dapat dinafikan lagi. Hakikat yang mesti ditanggung walaupun pedih menusuk dada kakak.. walau kering sudah air mata kakak.. ketentuan NYA yang tertulis kakak mesti terima dengan rela hati. Pelbagai pertanyaan di ajukan di dalam hati kakak..jawapan yang pasti untuk memujuk hati kakak" Mereka adalah hak Ilahi, sampai masa mereka sudah tertulis untuk pergi..". Air mata bagai tidak mahu berhenti, kakak dipujuk lagi "Kita juga bakal menyusul pergi cuma masa belum pasti, sabar lah"...kakak gagahkan diri, kuatkan hati mencium pipi, dahi, hidung satu persatu kesayangan kakak sambil tak henti-henti mengucapkan zikir dan doa supaya mereka pergi dengan tenang sekali. Pada mereka, kakak kirimkan salam pada Rasulullah supaya nanti mereka mudah dipertemukan dengan rasul Allah yang disayangi. "Ya Allah..yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih, lindungi mereka yang hamba kasihi daripada azab kubur dan azab api neraka, kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasahi diri ambe semasa mereka hidup." Tak henti-henti kakak berdoa agar mereka semuanya tenang di sana yang mana bakal kakak juga kunjungi satu masa yang tidak pasti.

Tahun 2010 bakal berakhir , perjuangan untuk hidup bagai sudah tidak mampu di harungi lagi. Pembuka awal tahun ayah kakak dijemput ilahi, perkhabaran disambut tangisan tanpa henti dengan doa tanpa putus..pergi nya arwah tidak di duga tapi kakak redha kerana tak sanggup melihat ayah menangis dan merintih akibat strok yang dihidapi. Selang 5 hari, sekali lagi diri kakak diuji lagi, nenek sebelah mak yang selalu mengambil berat dan menyayangi kakak dijemput ilahi menjadikan kakak sekali lagi menerima ketentuan Allah dengan tenang hati. Allah Maha Mengetahui, hakikat yang kakak mesti tempuhi, Allah menguji kakak lagi, penuntup tahun 2010, abang dan 2 adik lelaki serta satu-satu anak saudara yang selalu di manjai dijemput pergi. Kemalangan yang menimpa mereka bagai merobek-robek hati kakak dengan sakit sekali. Perkhabaran diberi bagai menyentak jantung kakak "mereka semua sudah tiada lagi"..Abang..Abang Ngah..Abang Su..Maiyaya...cepatnya mereka dijemput pergi. Sungguh kakak tidak menduga..percayalah kakak bagai baru tersedar yang kakak dan kalian milik Allah..lalai dan alpanya kakak sebagai hamba Allah..Ampunkan hamba mu ni Ya Allah. Abang...pada siapa kakak nak bergantung diri. Abang Ngah..tiada lagi perlindungan untuk kakak. Abang Su..tidak kedengaran lagi gelak tawa dan gurauan. Maiyaya..tiada lagi kedengaran suara gelak tawa dan tangisan...Ya Allah, hamba mu ini berserah diri pada Mu ...tiada yang lain hamba pohon selain rahmati lah roh mereka dengan rahmat MU..tenangkan lah roh mereka disana supaya nanti hambe jumpa mereka dengan wajah berseri-seri.

Alfatihah..Jasad disatukan bersama dengan iringan doa yang tidak putus-putus..kenangan, gelak tawa, gurauan silih berganti menerjah di depan mata kakak sehingga kakak merasakan tidak cukup doa yang kakak sampaikan pada mereka. Surah Yasin menjadi penguat kakak yang tak henti kakak sampaikan. Sakitnya ...tapi dimana hendak di sapu ubat??..Sakitnya...apa ubatnya yang harus di telan?? Ya Allah, hamba mu berserah diri pada Mu..hanya pada Mu, hamba memohon ubat yang sakitnya tidak terperi..sakitnya tidak tertanggung..ampunkan dosa-dosa hamba mu ini..tabahkan lah, kuatkan lah, tenangkan lah serta berkati lah hamba Mu yang sangat takut pada Mu..

Ayah..Abang..Abang Ngah..Abang Su...Maiyaya..kakak redha pemergian kalian..Semuanya kehendak DIA yang satu. Kakak berjanji akak tidak akan putus doakan kalian tenang disana dan peroleh tempat dikalangan orang-orang yang beriman. Kakak sangat merindui senyuman kalian sehingga tidur kakak dibayangi wajah2 kalian yang sentiasa senyum manis.

Ya Allah Maha Pengasih..hamba bersujud pada Mu..Pada Mu Ya Allah , hamba berserah diri dan semua yang berlaku adalah ketetapan yang pasti untuk menguji ketetapan iman dan hati hamba Mu ini. Tiada yang lain hamba merayu, merintih, memohon melainkan pada Mu Ya Allah. Kuatkan lah..tabahkan lah hati hamba mu ini menerima ketentuan Mu ..sesungguhnya tiada siapa yang kekal di duni ini...aminnn


Sudi-sudikan lah sederkahkan Al-Fatihah buat arwah..

Rabu, 7 Julai 2010

Aku Tidak Akan Menangis Lagi


Aku Tidak Akan Menangis Lagi

Memaksa mu bukan satu jalan
Menyintai mu memang pasti
Menyedari kita semakin jauh
Penguduran amat menyakitkan
Kuatkah aku??
Aku tidak akan menangis lagi

Cahaya halatuju sudah padam
Penantian tiada lagi penyeksaan
Kaki yang melangkah sudah bernanah
Hujung jalan dalam kegelapan…Meraba-raba
Aku tidak akan menangis lagi

Berikan aku sedikit cahaya…….
Aku tidak akan menangis lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...