Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Rabu, 23 Februari 2011

Lelaki.....aiiii...susahnya nak faham...



Lelaki....dulu kakak di keliling ramai adik beradik lelaki sampai kelakuan kakak sendiri macam lelaki..sempoi...ganas...suka bertumbuk...pantang dicabar...tu zaman kanak-kanak kakak. Mungkin faktor adik beradik lelaki yang ramai disekeliling kakak dan kakak terikut-ikut perangai lelaki. Tapi kenapa bila kakak dewasa kakak susah nak faham apa yang lelaki fikirkan. Apa yang mereka nak...apa yang mereka perlukan..kadang-kadang kakak inginkan zaman kanak-kanak tidak berlalu supaya kakak sentiasa memahami lelaki seperti dulu...lelaki...aaiiiii...susahnya nak faham sekarang ni...
Adakah lelaki sukar dimengertikan atau ego lelaki terlalu tinggi sehingga selayaknya mereka boleh berbuat apa saja bila mereka dewasa. Mahal sangat kah harga seorang lelaki atau adakah pilihan di tangan lelaki dan akhirnya perempuan hanya mengikut saja...mmmmm...aaiii..susahnya nak faham...

Ada satu cerita kakak nak kongsikan pasal lelaki, mungkin tak semua lelaki macam ini tapi lelaki tetap sama. Tak pernah cukup dengan kasih sayang ..selalu ingin dicintai walau kadang-kadang sudah bertimbun kasih sayang yang diberikan. Biarlah kakak namakan lelaki ini dengan panggilan Awe. Orangnya biasa saja dan muda lagi. Awe telah berkahwin dengan seorang perempuan yang sangat lembut atas dasar suka sama suka..pendek kata mereka bercinta sakan jugak lah. Perkahwinan itu jugak boleh dikatakan meriah dan sangat membahagiakan. Tapi macam kakak cakap sebelum ini...kita merancang Allah yang menentukan perjalanan hidup kita. Selepas 2 bulan berkahwin, Awe sekali lagi berkahwin dengan seorang perempuan yang lebih muda dari isterinya. Aduuuussss...hebatnya orang yang bernama Awe ni..walaupun masih baru berkahwin dan tengah berbulan madu masih sempat "mencelah" berkahwin seorang lagi. Akhirnya isteri pertama mendapat tahu dan isteri mana tak marah kan... bila isteri pertama bertanya kenapa sanggup menduakan dia ..alasan Awe cukup membuatkan kakak panas hati. Katanya isteri kedua nya telah mengandung anaknya dan mereka terlanjur "satu kali je" sebelum Awe kahwin dengan isteri pertama..aaaddduuuussss sakitnya hati dengan alasan Awe..tak tahu lah Awe tu rasa bersalah ke tak...moga2 Awe bertaubat atas perbuatan nya..dan sebenarnya kakak dengar semua cerita ini daripada isteri pertama sambil bercerita sambil mengesat air mata yang jatuh bercucuran. Sampai kakak turut simpati...sian diaa....

Lelaki...aiiii..susahnya nak faham...


Isnin, 14 Februari 2011

Kesilapan Nyata dan Sembunyi



Yang bertanda merah merupakan kesalahan yang sering berlaku semasa membaca Al-fatihah. No.9 adalah kesalahan bacaan kakak yang ditegur oleh ustaz kemarin..

Alhamdulilah terbuka sudah pintu hati kakak tahun ini untuk memasuki kelas iqra yang dianjurkan oleh pejabat kakak...syukur pada Allah Yang Maha Esa dibukakan pintu hati kakak dan hendaknya Allah sentiasa memberi petunjuk pada kakak dan sahabat2 kakak dalam meneruskan hidup ini yang cuma pinjaman semata-mata. Alhamdulilah ustaz yang mengajar kakak seorang lelaki yang sabar, sangat baik hati, suka memberi nasihat dan sentiasa ingin mengingati nama para pelajarnya seramai 40 orang....walau kadang-kadang dia memangil nama kakak dengan panggilan Fairus ( nama salah seorang pegawai) ..tak pa kakak tak kisah...hakikatnya sebenarnya banyak yang kakak mesti pelajari dalam mendalami sebutan2 ayat suci al-Quran dari segi kesilapan yang nyata dan sembunyi.
Tapi apa yang kakak ingin kongsikan di sini adalah mengenai bacaan surah Al-fatihah yang mesti dibaca dengan betul oleh setiap orang. Surah ini juga dibaca dalam solat yang kita lakukan 5 kali sehari. "Bacalah Al-fatihah dengan betul supaya solat kamu diterima Allah" mmmmmmm....apakah selama ini bacaan Al-fatihah kita dibaca dengan betul?? Pasti kah kita??Kalau tidak..apakah kita sedari atau apakah kita akan biarkan saja???...banyak nya yang perlu kakak pelajari. Kemarin ustaz menguji setiap para pelajar membaca Al-fatihah dan kakak menjadi peserta yang terakhir membaca al-fatihah didepan ustaz..alhamdulilah kakak dapat membaca dengan betul setelah ustaz memberi tunjuk ajar dengan panjang lebar. Semoga Allah panjang kan umur ustaz dan sentiasa kuatkan tubuh badan ustaz untuk terus mengajar kakak dan sahabat2 kakak dalam mendalami ayat-ayat Al-quran.
Terdapat dua kesalahan yang biasa dilakukan semasa membaca Al-Quran iaitu Jaliyun (terang) dan khofiyun (sembunyi) .

Kesalahan Terang
- Salah sebutan huruf
- Salah baris huruf

Kesalahan Sembunyi
-Pembacaan dengung pada tempat tidak dengung
-Tidak mengcukupkan kadar harakat mad
-Tidak menyebut sifat huruf dengan betul



Ustaz berpesan pada kakak dan sahabat2 supaya perbetulkan ayat-ayat yang dibaca dalam solat dengan harapan buat yang terbaik dan serahkan kepada Allah. Tiga konsep yang perlu kita ingat dalam hidup ini iaitu berusaha, berdoa dan bertawakal. Hendaklah kita berusaha sedaya upaya sekiranya kita inginkan sesuatu dan kita teruskan berdoa kepada Allah selebihnya kita bertawakal kepada NYA supaya kita menjadi manusia yang lebih baik. Walaupun telah tertulis di luhMahfuz semua perkara mengenai takdir hidup kita, tapi Allah suka sekiranya kita menjadi manusia yang berusaha dan berdoa serta bertawakal. Kata Nabi " Doa itu senjata orang mukmin". Jangan putus berdoa kepada Allah memohon pertolongan supaya diberikan keberkatan dan keredhaan sepanjang hidup di dunia ini dan pada NYA kita akan kembalikan.

Apabila kakak teringatkan arwah kesayangan kakak..perkara pertama yang kakak akan buat ialah sedekahkan al-fatihah kepada mereka, semoga mereka semua tenang di sana. Pernah sekali kakak datang ofis tanpa mekap dengan tidak di sangka seorang kawan menegur wajah kakak berseri2..sedangkan siapa pun tahu wajah kakak penuh dengan jerawat tapi dalam hati kakak berkata "mungkin berkat bacaan Al-fatihah yang tak henti2 kakak baca" sebab masa tu kakak baru kematian adik beradik...kakak ingat lagi masa tu kakak tak henti2 baca alfatihah dan ayat kursi..kakak sentiasa ulang membaca al-fatihah dengan tidak jemu2...rasanya tiada sebab lain wajah kakak berseri2..itu lah fadhilatnya surah Al-Fatihah...Jadikan amalan membaca surah Al-Fatihah pada setiap masa dan di mana saja...





Sabtu, 12 Februari 2011

Kembali Pada MU


Jangan biarkan diri mu tersungkur di tengah jalan



Ya Allah,

Kiranya takdir ini telah ditentukan untuk ku

Permudahkan garisan itu untuk ku merangkak

Aku sudah tiada daya untuk berjalan

Kudrat ku sudah lemah….tapi aku harus bertahan

Akan ku cuba berdiri demi MU Ya Allah..

Ya Allah,

Andainya ini tulisan takdir untuk ku

Kuatkan tulang kaki ku berdiri sendiri

Kerana tiada dahan untuk ku berpaut

Hanya nama MU tidak henti ku menyebut

Supaya nanti aku tidak tersungkur di depan MU

Ya Allah,

Bisanya sembilu telah menusuk hati ku

Tidak tertahan aku melawan tanpa pertolongan MU

Jangan lepaskan tangan ku..Kuatkan lah pegangan itu

Aku tidak ingin tewas sebelum masanya

Aku takut kembali sebelum berjuang kerana MU

Ya Allah,

Setelah cahaya itu berada didepan ku

Jangan lah dipadam sinarnya …ku pohon pada MU

Jangan biarkan ku terhina..ku merayu pada MU

Supaya nanti aku senyum dalam tidur yang panjang

Dan tidur ku nanti tetap menyebut nama MU


Jumaat 11 feb 2011, 1:31 pm

Rabu, 9 Februari 2011

Lapangkan lah Hatimu


Bacalah ayat ni selepas solat untuk mendapatkan kelapangan hati...Insya Allah semoga memudahkan segalanya....





Isnin, 7 Februari 2011

Bagilah Rasa Itu Sekali Lagi

Bagi lah peluang sekali lagi menyatakan rasa itu
Agar tiada lagi kesepian menemani
Bagi lah ruang sekali lagi pada rasa itu bertahkta
Agar bunga-bunga asmara kembang kembali
Bagi lah kesempatan sekali lagi rasa itu ada di situ
Agar dunia sama-sama diterokai
Bagi lah petunjuk sekali lagi demi rasa itu
Agar penghujung jalan tidak mati

Pecahkan lah tembok batu di hati mu

Langkah lah setapak demi rasa itu
Kuatkan kudrat mara mengapai
Tarik lah nafas panjang semahu mu
Bagi lah rasa itu sekali lagi padaku
Agar rasa itu membahagiakan mu
Dan juga membahagiakan diri ku


Selasa, 1 Februari 2011

Rindu Pada Mimpi Itu


Abang Su yang kakak sangat kasihi...
nanti sampai waktu kita akan berjumpa lagi..


Pagi Jumaat 2 minggu lepas, kakak bangun dengan hati yang cukup gembira..kakak sangat gembira, tak tahu macamana nak menyatakan betapa gembiranya kakak pagi tu.. kakak mimpikan arwah abang Su, bulat mata kakak memandang wajah abang Su yang tersenyum manis pada kakak. Mungkin kakak terlalu rindukan arwah Abang Su sampai wajah arwah terbawa-bawa ke dalam mimpi. Abang Su datang dengan senyuman yang cukup manis dengan memakai kopiah putih. Arwah datang dekat dengan kakak, masa tu kakak sempat lagi berfikir bahagianya abang su disana (dalam mimpu kan ..fikiran kita macam bercelaru..hidup lagi ke abang su...eh ..bukan kah abang su dah pergi...macam keliru gitu...). Dalam mimpi tu kakak boleh rasa sebenarnya abang Su dah tiada dan kakak bertanyakan keadaan abang Su disana. Tapi arwah hanya tersenyum, senyuman yang sama semasa dia pernah hidup. Kakak sampai lupa bahawa kakak sedang bermimpi, dalam mimpi tu kakak berkata..mmmmm....bahagianya abang Su di sana. Bila kakak tersedar, kakak senyum sendiri. Ya Allah, adakah doa2 yang kakak sampai pada mereka telah Allah terima...Maha Suci Allah yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui..kakak bersyukur...Ya Allah, kakak mohon ampunkan dosa2 mereka..kakak sayangkan mereka..damai dan tenang kan lah mereka, (ayah, abang, abang ngah, abang su dan maiyaya) Hanya pada Mu, Ya Allah, kakak meminta pertolongan..pagi tu kakak bangun dengan ingatan pada abang su...sesungguhnya abang Su memang adik yang baik. Kakak kehilangan satu-satunya adik yang sangat baik hati, dengar kata, tak pernah melawan, suka menolong, suka ketawa dan mempunyai jiwa yang lembut.
Sebenarnya kakak juga pernah mimpikan abang dan abang ngah...dalam mimpi tu mereka ada kat rumah dan perasaan kakak masa tu mereka tak mati, mereka cuma pergi sekejab je..kakak menangis masa tu sebab mereka akhirnya dah balik tapi rupa-rupanya kakak bermimpi..astagfirullah...apalah kakak ni....mungkin sebab kakak sangat rindukan mereka. Adik perempuan kakak pun pernah bermimpi mereka semua balik termasuk maiyaya..arwah menyatakan mereka cuma boleh balik sekejab je, itu pun pada hari Jumaat. Adik kakak kata"tak palah asal kan boleh balik...sekejab pun tak pa"....tapi orang kata kalau orang yang dah meninggal bercakap dalam mimpi ..itu sebenarnya bukan roh yang datang tapi mainan tidur. Tapi setidak-tidaknya kakak akan terus sedekahkan surah yasin pada setiap malam Jumaat seperti mana mereka menyatakan akan balik sekejab pada hari jumaat. Kakak rindukan mereka...sesungguhnya...
Minggu ni kakak balik, insyaAllah kakak akan melawat kubur arwah seperti biasa. Kubur dah jadi macam tempat yang mesti kakak singgah setiap kali kakak pulang ke kampung. Al-fatihah buat semua kesayangan kakak yang sangat kakak rindui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...