Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Isnin, 13 Jun 2011

Apa Benar ...

Tiada apa lagi yang aku tunggu selain ingin mendengar kau menyatakan rasa itu ada untuk ku..apa benar telinga ku tidak pekak mendengar perkhabaran itu??apa benar bibir mu telah bisa menyatakan kesudian itu?? apa benar di mata mu terpancar wajah ku?? apa benar penyatuan ini kehendak mu..masih kabur dan keliru difikiran ku dengan ketetapan mu...masih aku di awangan dengan keajaiban itu....mimpi kah aku?? Ahhhhhhhhh....jika benar rasa itu telah lahir dari benih yang suci ..akan ku sambut dengan harapan yang mengunung...
Ahhhhhhh.....tolonglah tampar  ku sekali...katakan ini bukan mimpi..kata kan ini bukan khayalan...katakan ini kenyataan yang membuatkan jantung ku berdegup kencang...
Maha Hebat kebesaran mu YA Allah...penyatuan ini adalah kehendak Mu dan aku bersyukur....

Khamis, 9 Jun 2011

Layan Ustaz Azhar

Mesti korang pun ada idola dalam hidup kan...kakak pun ada idola jugak...idola kakak mestilah ustaz Azhar Idrus yang sangat kakak kagumi...kakak kenal ustaz Azhar masa kakak menyewa rumah sekarang dimana setiap 2 minggu sekali dia akan memberi ceramah agama di surau dekat rumah sewa kakak...dekat sangat surau tu  sampai suara dia kadang mengegarkan rumah kakak..heheheheheh...jadi tak payah lah kakak turun ke surau...

Ini antara nasihat yang kakak ingin kan kongsikan bersama....

Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"......

1. Harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan anak berbaik-baik kepada kawan nya
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua dalam satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya
11. Arak sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Para artis-artis disanjung2
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat atau menyalahkan generasi pertama

Antara nasihat ustaz Azhar yang sempat kakak ambil....

Bala yang pertama adalah angin yang berwarna merah iaitu angin ahmar (strok), bukan kene kepada orang yang membuat maksiat saja tapi ini lah menunjukan bala telah diturunkan untuk peringatan kemungkaran Allah kepada hamba NYA. Tengoklah betapa ramai orang yang mengalami sakit angin ahmar sekarang ini.

Apabila disia-siakan amanah ....tunggulah saat kehancuran langit dan bumi (kiamat)....

Tidak taat kepada suami ...hukum nya berdosa besar dan amalnya tidak diterima serta masuk neraka..
Nabi berkata "Jikalau mengalir darah dan nanah dari atas kepala hingga ke kaki suami, maka dijilat nanah tersebut oleh isteri sampai licin, belum lagi menunaikan ketaatan yang sebenar hak suami"....sebab itu lah ramai perempuan masuk neraka...
"isteri yang solehah apabila memandangkan mukanya menyenangkan kamu"....wajib senyum kepada suami walau suami salah sekalipun....susah sekarang ni nak buat ni...tapi wajib perempuan senyum kepada suami....

Kakak mengharapkan kakak dapat menjadi isteri solehah buat suami nanti...dan kakak doakan supaya umat islam di dunia dijauhi daripada bala dari Allah s.w.t....takutnya kakak....


Ni lah ustaz Azhar Idrus kalu nak kenal....

Isnin, 6 Jun 2011

Belum sampai Ajal

Ada orang itu cakap muka kakak semakin bulat...sapa yang berani cakap macam tu ye??? sapa lagi kalu bukan si hati beku....tak suka..tak suka..tak suka..jadinya kakak mula lah fikirkan apa aktiviti yang sesuai demi membujur kan muka yang bulat ini....hehehehe..
Dan akhirnya kolam renang tertutup di Batu Buruk yang saja dibuka telah menjadi satu tempat  kakak jalani aktivit renang setiap pagi jumaat kalu kakak tak balik kampung. Pandai berenang ke kakak ni...tengok kaki lah weeiiiiii...wah berlagaknya...hahahahaha..kakak pandai berenang dari kecik lagi, tali air kat sebelah rumah kakak menjadi saksi beberapa kali kakak lemas sebelum kakak betul-betul pandai berenang. Disitu tempat kakak dan adik beradik yang lain berenang setiap hari bila pulang saja dari sekolah, kami main kejar mengejar..main baling tanah liat dan suka sangat cuba tenggelamkan sesama sendiri..tapi tak lah sampai lemas..tapi masa ni kene ambik nafas lebih sikit kalu tak mesti tercungah-cungah minta oksigen....rindunya kenangan itu.....

Pasal renang ni jugak lah kakak hampir-hampir kehilangan nyawa....mesti nak tahu kan.....

Kisahnya pada tahun 2009, masa ni arwah ayah sihat lagi..pagi jumaat yang indah, kami adik beradik sepakat untuk berkelah di Lata Tembakah sebab dah lama tak bergembira kann....jadinya mak kakak mula lah mengoreng bihun dan keropok. Ayah tak ikut sama sebab ayah kakak ni tak suka pergi tempat macam ni..anti sosial ...hehehehehe...semasa bersiap nak pulang ..tiba2 je kakak terlihat 2 orang remaja lelaki tengah lemas dan bergantung antara satu sama lain.... tenggelam timbul... Kakak tengok sekeliling tak de siapa pun yang nak tolong mereka. Apa lagi kakak terjun lah...konon nak jadi heroin lah tapi masa kakak nak tolong mereka, kakak plok yang dijadikan tempat mereka berpaut..apa lagi tenggelam lah kakak..mana ada kudrat weeeeeiiiiii...dengan 2 orang lelaki yang tengah berpaut pada kakak..tenggelam terus kakak..kakak dengan seluruh tenaga cuba timbulkan badan kakak sebab nafas dah tak de...dan masa ni lah kakak menjerit panggil nama adik lelaki kakak...dan sekali lagi kakak tengelam disebabakan mereka tak nak lepaskan kakak....ngeriiiiinya kalu ingat balik...masa kakak tengelam kali ke dua ni..tenaga kakak dah habis dan kakak pun dah tak larat nak buat apa2 sebab kakak dapat rasa 2 remaja itu betul2 berada atas bahu kakak.... nak tahu tak masa ni sempat lagi kakak fikir...MATI LAH AKU HARI INI...tapi tiba2 je badan kakak terasa ringan dan kakak terus melonjak kan muka ke permukaan air...rupanya adik perempuan kakak yang datang tarik budak2 tu ke tepi...maka tercungah2 lah kakak ambik nafas sambil sempat lagi bebeb kat diaorang....walaupun masa tu tengah lelah nak ambik oksigen....hahahahahaha...kakak terus naik dan tak pandang kanan atau kiri sebab rasanya masa tu ramai orang tengah melihat kejadian itu..kakak terus pulang..mak kakak pun tak perasan kakak hampir lemas selamatkan orang...adik kakak yang bongsu cerita kat mak....mak diam tak cakap apapun. Sampai saje kat rumah, adik kakak cerita pulok kat ayah peristiwa tadi..apa lagi marah bukan main lagi arwah ayah kat kakak. Dalam hati kakak berkata " Selamatkan orang pun salah ke?"..kakak tak berani nak melawan cakap ayah tapi ayah betul2 marah kat kakak sampai kakak rasa tak nak bercakap ngan ayah...tapi lepas tu kakak tahu ayah sayangkan kakak sebab tu dia marah..ayah cakap sepatutnya nak tolong orang lemas..kita kene ambil kayu panjang..suruh dia pegang dan kita tarik ke darat. Manalah kakak sempat fikir cara macam tu bila dah tengok budak2 tenggelam timbul...sayang sungguh arwah ayah kat kakak...kakak pun sayangkan arwah ayah...
Jadi kalu nak tolong orang lemas...ingat lah yeee....cara2 arwah ayah pesan tadi..yang pastiya ajal kakak belum sampai....

Yang depan adik perempuan kakak yang datang selamatkan kakak..dan adik perempuan bongsu yang banyak mulut  sampai kakak kene marah dengan arwah ayah. Gambar ni diambil seminggu sebelum arwah adik lelaki kakak meninggal akibat kemalangan. Al fatihah untuk arwah.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...