Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Selasa, 3 Mei 2011

Sakitnya Perasaan......

Alhamdulilah luka excident tempoh hari dah makin baik dan tinggal lah parut menjadi kenangan...sabar je lah..Bukan pasal parut yang ingin kakak bebel kan, adatlah kalu dah luka mestilah tinggal parut. Kalau setakat parut, kakak tak ambik pusing poonnn...ini sakit perasaan pasal benda lain. Pasal memori dalam kepala dah makin berat...hooooohhh... kalau kakak ni komputer boleh juga upgrade..bestnya kalau otak kakak ni boleh  di "upgradekan"...ahakkkksss

Sebenarnya sakitnya perasaan bila mana banyak perkara yang akan kakak buat tidak disimpan dalam otak dengan betul. Kisah pertama bila mana kakak nak ke bandar untuk membayar bil astro, bil elektrik. bil air dan segala macam jenis bil dan bila saja kakak parking kereta yang susah nak dapat.. Barulah kakak perasan yang kakak lupa nak bawa bil2 tu..semua bil2 tu tertinggal kat opis.....adoooiiii...apa yang kakak fikir ni...sakitnya perasaan...sabar je lahh...

Kisah kedua pulok..semasa kakak berkursus di Primula Kuala Terengganu dan menginap di sana (walaupun rumah kakak dekat je). Saja nak merasa tidur hotel sekali sekala. Kakak lupa plok nak bawa pengesas hp dan akhirnya hp kakak kehabisan bateri..tapi tak palah sebab kakak akan pulang sekejab ambik bendaalah tu time lunch nanti tapi masa pulang ke rumah untuk ambik benda tu entah macamana hp kakak plok tertinggal kat rumah...adoiii...tu pun kakak perasan bila dah sampai kat hotel dan sekali lagi kakak pulang ke rumah ambik hp dengan sakitnya perasaan sambil memanjat tangga 4 tingkat (tinggi kan rumah kakak)...aadussss.....apalah yang kakak fikirkan....

Kisah ketiga plok..masa laptop kakak rosak...kakak balik ke rumah waktu  lunch untuk mengambil laptop yang rosak sebab kawan kakak kat opis dah janji nak baiki....dah set dalam kepala betul2 semua perkara. Sampai saja di rumah, kakak boleh plok lupa nak ambik kunci rumah yang ada dalam laci pejabat. Adusss...o.k tak pa2 ..cari idea dulu..haaaaahhh..kakak call kawan serumah yang kerja dekat rumah dan minta kunci dengan dia..dan kakak pun panjat lah tangga dengan nafas tercungah-cungah dan bila buka saja pintu rumah....adoiiii penatnya...laptop ada dalam bilik dan  bilik terkunci..kunci bilik kakak mestilah ada dengan kakak yang tertinggal bersama kunci rumah...tolongggggggggg....kenapa teruk sangat memori kakak ni....sakitnya perasaan..sabar je lahh....

Kalulah ada yang nak dijadikan isteri ni kene fikir juta2 kali ni...dan untuk menghilangkan semua sakit perasaan ini ....jom kita lihat permandangan di tingkat 8 Hotel Primula Terengganu...

Banguanan belah kiri tu aparment ladang...dan belah kanan tu Continental Hotel...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...