Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Isnin, 7 Mac 2011

Kebaikan 10 Kali Ganda..Apa Lagi Yang Kita Kejar...??


Lama rasanya kakak tak menulis, nak kata sibuk..tak lah sangat..mungkin tiada idea dan dicampur plak dengan malas dan didarab plok dengan kuat koya serta ditolak plok dengan melayan perasaan yang entah apa2. Kakak pun dah malas nak menulis panjang macam cerpen...nak menulis seringkas yang mungkin dan mudah nak faham untuk melayan perasaan kakak sendiri. Sedikit pengajaran untuk kakak minggu ni untuk menambahbaik kebaikan dunia supaya senang di akhirat.
Tok guru mengaji telah menasihatkan kakak dan sahabat supaya bacalah ayat Al Quran walaupun satu surah Al-Fatihah kerana sesungguhnya dengan 1 huruf kita akan mendapat 10 kebaikan. Bayangkan lah betapa banyak nya kebaikan yang Allah berikan kepada hamba-hambanya apabila kita membaca Al -Quran kerana Allah. Ditambah pulak keberkatan yang kita peolehi apabila kita membaca dan dihindari daripada hasutan syaitan dan iblis. Mungkin kita tidak nampak tabungan yang kita lakukan tapi percaya Allah telah menghitung segalanya dan percaya rahmat yang telah Allah janjikan. Sudi-sudikan lah diri kita menambung untuk persediaan di akhirat kelak. Ingat kakak yeee.......
Kakak pun manusia biasa dan tidak lari dari lalai dan leka..moga2 Allah sentiasa tunjukkan hidayah pada kakak, keluarga, sahabat seagama dan seluruh muslimin dan muslimah di dunia ini. Tok guru juga memgingati kakak dan sahabat bahawa "Bersedia lah.... Kita Sudah Berada di Hujung Zaman"....Bersediakah kakak untuk bertemu Allah...Maha Suci Allah...takutnya kakak....



Khamis, 3 Mac 2011

Kenapa??


kenapa dikenang pada orang tak sudi
kenapa dirayu pada orang yang benci
kenapa rasa hati tidak mahu lepasi
kenapa susah untuk melupai

kenapa perlu sakiti hati
kenapa wajah dia yang membayangi
kenapa debaran jantung diiringi
kenapa dia yang ku cintai

kenapa jatuh cinta lagi
kenapa pada yang beku hati
tolong lah hati ..lepaskan dia pergi...
aku tak mahu sakit lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...