Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Ahad, 17 April 2011

Malang..Balasan Atau Ujian....

Kenapalah kebelakangan ini nasib kakak malang sangat. Kalau bagitau orang tua memang  diorang dah suruh kakak mandi bunga atau bawa berubat (jumpa tok bomoh) tapi kakak malas nak percaya semua tu. Kakak tawakal dan berserah pada Yang Masa Esa serta memohon melindungi kakak dari perkara-perkara sebegini daripada berulang. Mungkin ini semua ujian buat kakak atau balasan atas dosa2 yang kakak lakukan. Manusia tak ada yang sempurna kan, asalkan kita cepat sedar dan insaf atas dosa2 kita, insya Allah akan terima keampunan yang kita minta. Wah....apa yang sebenarnya berlaku pada kakak hingga kakak bebel macam ni sekali....

Mula-mula sekali peristiwa kakak terlanggar pintu kereta masa nak masuk kereta dan terkena pada bahu sebelah kiri kakak. Sakitnya Tuhan saja yang Tahu..terutama masa kakak mandi bila air jatuh di atas bahu kakak..adoiiii ..sakitnyaa...lepas tu peristiwa kakak langgar pulak drawer besi yang terbuka dan terkena pada paha belah kiri sehingga tercalar dan sampai sekarang tempat yang kene tu bertukar warna biru ( lebam )...sebelah badan kiri kakak sakit-sakit dan kakak ingat nak berurut tapi biarlah dulu. Akhirnya peristiwa terakhir (harap-haraplah yang terakhir) yang masih terbayang-bayang sampai sekarang. Kakak telah digesel  oleh kereta yang bawa laju semasa adik kakak bawa motor dan kakak penumpang...mmmmmm...boleh agak lah kan risiko bagi penunggang motosikal..risiko kecederaan lah jawabnya...kakak ingat lagi..lepas je lampu hijau bernyala dan adik baru mula nak bergerak..tiba-tiba saje kereta yang dipandu laju (sebelah kanan) menghimpit kami menyebabkan motosikal tidak sempat dikawal dan kami tergolek di atas jalan dan dihempap motor....masa tu kakak cuma ingat kalu ada keta lain yang bawa laju mungkin dah melanggar kami kat tengah jalan raya tu,..dan tinggal gemuloh lah jawabnya....tapi alhamdulilah umur kakak dan adik panjang lagi.. keadaan cepat dikawal oleh orang ramai yang semua berenti secara tiba-tiba....masa tu kakak cuma fikir nak ketepi jalan dan ramainya orang yang  datang tengok menyebabkan kakak rasa malu sangat...yang penting soalan pertama yang keluar dari mulut kakak " o.k tak muka saya" sebab tadi kakak rasa muka kakak mencium jalan tar dan terasa bengkak sikit kat bibir. Orang yang jawab tu kata " tak de apa2"..kelakar plok bila ingat balik pertanyaan tu..tapi alhamdulilah empunya kereta tu sanggup menanggung segala kesalahan.....dan tak henti2 memohon maaf sampai kakak cakap..tak de apalahhh...cukup2 lah minta maaf...kakak pun tak call sapa2 pun...takut mak kat kampung risau..jadi kakak dan adik urus sendiri semuanya...

Dan hari ni baru lah complete satu badan sakit-sakit dan ditambah luka di kaki dan tangan....dan ni lah masa nya kakak kene cari tukang urut...satu badan dah sakit....aaduuuuuulaaaaaahhhh....apalah malangnya nasib kakak...adakah ini satu balasan atau ujian Allah untuk kakak...????? apapun anggaplah ni ujian Allah terhadap kakak....sabar lah kakak...

Luka sikit jeeeee..hahahaha...padan muka..
( masa nak ambik wuduk dan nak solat..adduuussss..sakitnya masa nak lipat kaki .. .)


sangat pedihhhhh.....tolonggg...


Khamis, 7 April 2011

Mimpi Peringatan Pada ku....



Malam tadi kakak bermimpi yang semua umat islam wajib percaya akan datang hari kiamat yang amat menakutkan, mungkin disebabkan kebelakangan ini banyak berlaku peristiwa dasyat yang terjadi terutama di negara Jepun sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mimpi adalah mainan tidur tapi sekurang-kurang hadir mimpi sebegini membuatkan kita lebih menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa mengingati Allah.

Dalam mimpi itu, kakak dan seorang kawan (perempuan tapi tak ingat sapa) sedang ambil angin sambil makan2 di tepi pantai, cuaca masa itu sangat indah dengan angin pantai yang nyaman dan matahari yang dilindungi awan...sangat tenang dan damai. Ada beberapa keluarga juga sedang bermain air di persisir pantai. Seronok tengok gelagat anak-anak kecil yang dikejar ombak sambil ketawa riang. Tapi dengan tiba-tiba cuaca bertukar menjadi gelap seumpama matahari hilang di alam maya dan masa tu juga kakak tengok ombak besar datang ke arah kakak dengan ketinggian yang tak dapat dibayangkan. Kakak lari sekuat hati tapi kakak masih sempat fikirkan anak2 kecil yang bermain di tepi pantai tadi dan kakak juga boleh agak mereka memang tak sempat lari....sedihnya fikirkan mereka. Sekali lagi kakak menoleh ke belakang dan masa tu kakak cuma fikir " memang mati lah kakak hari ni" tapi entah macamana kakak sempat juga lari sampai satu kawasan kampung. Belum sempat kakak berlindung di kawasan itu, tiba-tiba hadir seakan bebola cahaya dari langit yang jatuh dan membakar rumah-rumah kampung di situ. Ya Allah..takutnya kakak dan masa tulah kakak sudah boleh agak dunia dah kiamat....pastu kakak tersedar...Ya Allah..takutnya kakak...
Sebenarnya kakak juga pernah mimpikan kiamat masa kakak sekolah dulu dan mimpi pertama tu masih kakak ingat sampai sekarang. Masa tu kakak tengok ramai orang berlari-lari tak tentu hala. Bila kakak tengok semua orang pandang ke langit, kakak turut pandang dan sekali tengok awan sedang bergulung-gulung dan kakak mendengar orang sedang menjerit dunia dah kiamat......pada masa tu lah orang berlari-lari mencari masjid dan berebut-rebut mengambil wuduk termasuk lah kakak....mmmmmmm....ingat sampai sekarang part yang ambik wuduk dan awan yang bergulung-gulung. Masa ini lah baru nak ingat Allah tapi sebenar nya dah terlambat pun..DUNIA DAH KIAMAT...tapi baru lah berlumba-lumba mengejar akhirat.
Harap-harap mimpi ini menjadi ikhtibar buat kakak dan sahabat-sahabat kakak untuk lebih mendekatkan diri pada pencipta bumi. Supaya mimpi ini menjadi satu peringatan buat kakak.

zul....kakak share blog zul untuk semua..tanda-kiamat-makin-hampir.htm....harap diizinkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...