Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Selasa, 17 Mei 2011

Mati....Pasti....

Kenapa sejak kebelakangan ini kakak asyik fikir pasal mati. Yang paling kakak fikirkan siapalah yang akan uruskan jenazah kakak nanti. Sampai ke situ kakak fikir...dan yang kakak fikir lagi..macamana rasa sakitnya mati. Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatulmaut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi bersabda, maksudnya :

“ Bahawa Rasulullah saw mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.” 

Sakit yang tidak dapat kita semua bayangkan dan kakak beristigfar....ampunkan lah dosa-dosa kakak..

Bersyukur pagi ni kakak masih boleh bangun sendiri, mandi sendiri dan pakai baju sendiri. Sampai saat kakak dijemput pergi, orang akan mengangkat kakak, orang akan mandikan kakak dan orang akan pakaikan kain putih bersih(dikafankan) dan kakak akan diusung ke tempat asal kakak diciptakan (tanah). Dan bersediakah kakak menjawab soalan-soalan daripada Malaikat yang diamanahkan. Semua perkara tu belegar-legar dalam kepala kakak...bersediakah kakak..moga2 kakak diberi pertolongan mengucap kalimah Allah dengan mudah bila masa kakak dijemput nanti. Aminnnnnnnn

"Ya Allah..hambaMU merayu hanya padaMU, berilah pertolongan kepadaku atas dahsyatnya kematian dan sakaratul maut”....

Dengan jelas, betapa besar jawatan kakak sandang, betapa hebat kakak didunia ini, betapa ramai orang yang menyayangi kakak (tak de yang sayang pun...), betapa banyak harta yang kakak kumpul (pun tak de...), kakak sedang menunggu "masa" untuk dipanggil kepadaNYA. Bila masanya sudah sampai, tidak akan kurang dan tidak akan lebih masa yang dijanjikan.  Ketika itu barulah kakak merayu untuk dihidupkan kembali untuk membuat kebaikan.

" Balik lah aku semula dan hidupkan lah aku kembali, sebab aku tahu adanya hari ini (hari akhirat) tetapi jawapannya...... "Tidak sekali kali".....

Dan pesanan buat kakak " tetapkan lah dalam hati, akan jumpa Allah"
Dan kakak doakan kalian semua diberi pertolongan dan dimudahkan segala urusan baik di dunia mahupun di akhirat.

Kakak pun nak cuba beberapa amalan tertentu yang perlu. untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut:

Sebelum tidur :

1) Bacalah Surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi s.a.w.
3) Membaca Tasbih

Amalan Harian :

1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardhu
3) Menghormati waktu azan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah



2 ulasan:

  1. saya pun asyik fikir pasal mati..sampai x boleh tidor..dok berlarutan dah dekat 2 minggu..tak mau tinggal solat da..mane taw masa kita da sampai..YaAllah..tak dapat bayangkan keadaannya

    BalasPadam
  2. banyak kan beristigfar...insya Allah semuanya akan selamat dik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...