Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Rabu, 8 Disember 2010

Salam Maal Hijrah...bangkitlah kakak

Assalamualaikum...salam Maal Hijrah 1432 buat umat islam yang dikasihi Allah semoga hari-hari mendatang sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan yang berkekalan dari NYA. Pada hari ini, mungkin kakak dan kalian semua lebih mengenali tahun baru Kalendar Gregory yang merupakan kalendar yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Tapi kakak bukan nak bercerita pasal kalender yang dicipta oleh orang bukan islam yang mana dunia sekarang akan menyambutnya dengan cukup hebat sekali tapi kakak ingin berkongsi dengan kalian semua kelebihan kalendar islam yang sepatutnya kita lebih kagumi dan ingati. Kalendar yang bermula pada bulan Muharam ini diharapkan mendapat semangat baru yang yang kakak harapkan akan tercapai dengan doa2 yang diutuskan kepada yang Maha Esa.

Sebelum masuknya tahun baru hijrah marilah kita sama-sama amalkan dengan membaca doa akhir tahun pada akhir waktu solat asar, mendoakan agar dosa-dosa kita di ampunkan Allah pada tahun ini dan membaca doa awal tahun selepas solat mahgrib agar kemurahan rezeki yang melimpah, perlindungan daripada syaitan dan memohon keberkatan serta keredhaan sepanjang perjalanan di dunia yang sementara ini.

Hakikat sebenarnya kakak pun tak mendalami jugak takwin islam ini dan jauh di sudut hati kakak tertanya-tanya apa makna di sebalik nama bulan-bulan islam yang sepatutnya kakak sebagai orang islam memahami dan ketahui. Allah Maha Mengetahui apa yang kakak cuma detikkan dalam hati bila mana kakak terbaca satu keratan yang mengandungi makna bagi bulan-bulan islam. Walau sedetik Allah Maha Mendengar apa kakak inginkan..Allah Maha Mendengar sesungguhnyaa....

Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun..Jom kakak terangkan...

Muharam- Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.
*1 Muharam-Awal Muharam/Maal Hijrah

Safar- Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan ini, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.

Rabiul Awal- Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat islam.
*12 Rabiulawal -Maulidur Rasul( Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w)

Rabiul Akhir- Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

Jamadil Awal- Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

Jamadil Akhir- Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

Rejab- Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.
*27 Rejab -Israk dan Mikraj

Sya'aban- Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. (Baitullah)

Ramadan- Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.
*1 Ramadhan-Awal Ramadhan/Berpuasa
*17 Ramadhan-Nuzul Al-Quran

Syawal- Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan.
*1* Syawal-Hari Raya Puasa

Zulkaedah- Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.

Zulhijjah- Ertinya menunaikan haji, bulan ini umat Islam sejak nabi Adam A.S. menunaikan ibadah haji.
*1 Zulhijjah-Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah-Hari Raya Korban


Kakak lahir pada 10 Sya'aban.. Adakah kalian tahu bilakah tarikh lahir kalender islam kalian....????


*Tengoklah betapa besarnya kebesaran Allah..Tengoklah betapa besarnya matahari yang akan berada sejengkal di atas kepala bila kita kembali ke akhirat kelak??..Lihat lah saiz bumi yang kita diami...bersediakah kita???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...