Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Isnin, 27 Disember 2010

Air Mata Di Penjara

Minggu lepas mak call tanya kakak balik kampung tak minggu ni. Katanya nak minta tolong kakak hantarkan seorang makcik yang di tinggal berhampiran rumah kakak pergi melawat anak sulung di penjara ............(rahsia yeee). Kakak dah boleh agak apa kesalahan anak makcik tu sebab sekarang ni memang dah menjadi trend anak-anak muda seronok dengan dunia fantasi. Apa itu dunia fantasi??? Pengambilan dadah yang dipanggil pil kuda atau dalam bahasa sintifik dipanggil methamphetamine (nama pun cantik). Mak cerita dia datang rumah minta tolong dan menangis kerana anak sulung yang menjadi harapan dan contoh adik-adik telah ditangkap semasa sedang lepak bersama kawan-kawan. Kesian nyaa...doa kakak dalam hati moga-moga makcik tu tabah dalam menghadapi ujian ini. Cerita mak lagi, suami makcik tu dah melarang dia ambik berat pasal anaknya tapi makcik itu pujuk jugak suaminya. Akhirnya suami nya izinkan jugak makcik ni pergi bersama kakak. Bapa mana tak sayangkan anak kan...
Sepanjang perjalanan, makcik tu mengadu resah kenapa lah anaknya tak seperti anak orang lain. Malu sungguh katanya ..mana nak letak air muka, tak henti-henti dia mengadu..kesian kakak tengok wajah yang sugul tapi kakak nasihatkan dia ini adalah ujian Allah untuk menguji hambanya..DIA menguji hambanya dengan pelbagai cara..sabarlah..
Sampai saja di pintu masuk tempat melawat, ramai rupanya keluarga yang hadir untuk melawat ahli keluarga masing-masing. Yang paling kakak kagum adalah layanan petugas kaunter cukup manis dengan senyuman semasa mendaftarkan nama anak makcik untuk di panggil keluar. Sebenarnya kakak pun tak reti sangat pasal undang-undang penghakiman ni, kata makcik ni anaknya boleh di ikat jamin dan dibebaskan sehingga menunggu hari perbicaraan (dalam RM2000.00 jugak jaminan) tetapi suami makcik tak benarkan makcik ikat jamin anaknya. Mungkin suaminya ingin memberi pengajaran pada si anak tapi bila keadaan ini berlaku si anak mula fikir bahawa abah nya dah tak sayang padanya..susahnya kalu nak di fikir..
Sambil menunggu si anak dipanggil keluar, kakak perhatikan setiap banduan dan keluarga yang sedang berborak mengunakan telefon yang disediakan..kebanyakkan menangis terutama ayah dan ibu. Ada satu keluarga (dalam 5 orang), mungkim adik beradik sebab nampak muda semuanya, kakak agak si abang yang dipenjarakan. Bila nampak saja si abang di bawa keluar, semua adik beradik menangis, itu baru saja tengok wajah dah menangis belum lagi bertanya kabor, kakak boleh rasa perasaan itu...sedihnya....
Akhirnya anak makcik tu keluar , terlihat saja ibunya, si anak bukan main senyum lagi..seronok agaknya ibu datang melawat. Kakak bagi peluang makcik itu bersembang dengan anaknya..mula-mula dia senyum tengok ibu dan kakak, pastu kakak tengok dia dah mula tunduk...kakak pasti makcik tu sedang menangis...kesiannyaa...
Makcik tu suruh kakak nasihatkan si anak...kakak ni bukan pandai sangat nak nasihat kan orang tapi kakak cakap kat dia..tak kesian ke kat ibu, ibu menangis datang rumah sebab abang..abang berubah lah....dia tunduk dan mengangguk. Sebenarnya anak makcik ni muda lagi, kakak tak kenal sangat peel anak makcik ini, tapi dari raut wajah, dia macam menyesal apa yang telah berlaku tapi disebabkan salah pilih kawan..ini lah akibatnya..yang penting kakak sempat nasihatkan dia supaya jangan tinggal solat..dan dia mengangguk lagi..dia juga sempat ucapkan terima kasih pada kakak sebab sudi membawa ibunya datang melawat. Kakak doakan dan harapkan dia akan berubah dan insaf akhirnya...
Sebenarnya selain melawat si anak, masa ini lah si anak akan meng "order" segala keperluan seperti makanan, keperluan mandi dan lain-lain untuk keperluan sendiri. Akhirnya duit makcik ni terbang sebanyak RM 80.00...mmmm demi seorang anak..itulah pengorbanan seorang ibu..sebelum berpisah kedua-dua pasang mata bagai tidak mahu berpisah..sempat lagi si anak berpesan supaya makcik ni datang menjeguk dia lagi...apapun kakak doakan si anak itu akan berubah dan menjadi insan yang berguna bila dibebaskan kelak. Kesian si ibu...ini lah dinamakan "Syurga Dibawa Tapak Kaki Ibu"......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...