Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Isnin, 20 Disember 2010

Kakak di minta amal Selawat Al Fatih

Petang tadi, sedang kakak sibuk memberi markah penilaian Skt 2009 untuk staf-staf kakak, hadir seorang adik ke meja kakak. Macam-macam yang kami sembang kan dari bab bomoh, bab air mata, bab hati hinggalah bab cinta. Akhirnya kakak di minta oleh adik tersebut untuk mengamalkan selawat Al Fatih..katanya semoga kak ha di permudahkan segalanya...perkara yang baik apa salah kakak kongsikan untuk kalian sekali. Selamat Beramal.


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيَّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ

وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ

قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ



“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar

Fadilatnya:
  • Barangsiapa membaca selawat i ni 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
  • Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
  • Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
  • Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...