Tempat kakak meluahkan segalanya..hanya untuk kakak

selagi roh dan jasad ini bersatu..sayang..rindu..gembira..hampa..kecewa..pedih..bosan menjadi ujian yang kakak mesti hadapi...

Rabu, 26 Januari 2011

Bela Suami Dayus...mmmmmmmm


Baca tajuk di atas mesti korang dah boleh agak apa yang akan kakak ceritakan di sini. " Bela Suami"....mmmmmm mesti korang terfikir isteri yang menanggung suami atau suami yang tidak kerja atau suami pemalas (statement ini boleh buat suami marah ni..heheheh). Itulah yang kakak ingin kongsikan rasa seorang adik yang baru kakak kenali. Biarlah kakak namakan adik ni dengan nama Kasih kerana kakak cukup mengagumi kasih sayang yang sentiasa membara dan menyala yang dicurahkan kepada suaminya suatu ketika dahulu.
Kasih merupakan seorang perempuan yang cantik orangnya, kulitnya putih dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Kakak boleh agak ramai lelaki yang tertawan hati bila kali pertama melihatnya. Kakak cukup seronak bersembang dengan nya kerana kasih juga seorang yang mudah ketawa dan pandai berlawak jenaka. Walaupun masih baru mengenali Kasih, kakak boleh merasakan keserasian hati antara kami kerana kami merupakan anak no 2 (anak yang degil dan pandai berdikari...cewahhhh). Keluarga merupakan penyokong kuat Kasih terutama ibu dan adik-adik perempuannya yang banyak membantu memulihkan semangat untuk meneruskan hidup ini. Kerana Kasih berkerjaya yang menjadikan tajuk cerita kali ini "bela suami"......mmmmmmm.......
Bila cinta menguasai hati dan perasaan, lautan api pun sanggup direnangi. Begitu juga dengan kisah cinta Kasih walau mendapat tentangan yang cukup hebat dari keluarga sebelah pihak lelaki namun Kasih tetap berusaha untuk mendapatkan cinta sejatinya. Tiga tahun mengharungi suka dan duka alam bercinta akhirnya mereka berjaya menetapkan tarikh untuk diijab kabul. Cerita Kasih, saat-saat menjadi isterinya adalah saat yang cukup indah dalam hidupnya. Tapi setiap yang hidup pasti ada ujian dari NYA, hakikatnya tentangan dari keluarga pihak lelaki tidak pernah pudar dan sentiasa berusaha untuk memutuskan ikatan Kasih. Walau hakikatnya setiap manusia tidak sempurna namun mereka tetap tidak dapat menerima kebenaran itu. Mana ada manusia sempurna kan...ingat lah tu...
Dua minggu sebelum mereka diijabkabul, keluarga pihak lelaki meminta untuk berbincang mengenai wang hantaran. Kata mereka wang hantaran perkahwinan untuk Kasih tidak dapat disediakan kerana anak mereka tiada wang, macamana nak kahwin, (amboi senang cakap...kalu dah tak suka)... tapi Kasih tetap berusaha membuat pinjaman kerana segala kelengkapan kahwin telah ditempah termasuk kad kahwin juga telah diedarkan. Malu besar kalu tak jadi kenduri, jadi dengan ikhlas hati Kasih berkorban segalanya tetapi berbaloikah pengorbanan Kasih....mmmmm...sian Kasih...
Akhirnya perkahwinan yang dirancang telah menjadi kenyataan, Kasih cukup gembira menjadi isteri kepada seorang lelaki yang dicintai walaupun dengan duit pinjaman yang dibuat di atas namanya. Walau tanpa sebentuk cincin tersarung di jari manis, Kasih tetap gembira yang penting dapat hidup bersama. Walau tanpa sekeping gambar pun dapat dirakam bersama keluarga pihak lelaki namun Kasih tetap manis tersenyum melayan tetamu....
Kasih menceritakan pada kakak betapa seronaknya hidup berumah tangga sebab itulah cita-cita Kasih dari kecil ingin menjadi isteri solehah. Wah... pertama kali kakak dengar..biasanya orang bercita-cita nak jadi guru, askar, doktor dan lain kerjaya lagi tapi Kasih bercita-cita ingin menjadi isteri solehah....mmmmmm.....alhamdulilah..
Selepas kahwin, mereka telah menyewa sebuah rumah dengan segala kelengkapan rumah disediakan oleh Kasih. Kakak pun tak pasti kerja suami Kasih tapi katanya kerja suaminya kejab ada ..kejab tak de (biarlah rahsia)...entahlahh...tapi Kasih tetap sayangkan suami dengan sepenuh hati dengan menjalankan kewajipan sebagai isteri walau penat macamana sekalipun, Kasih tetap akan memasak untuk suaminya. Itulah perkara yang paling seronak dalam hidupnya. Walaupun suami nya tak berduit, suami nya tetap melayan dirinya bagai puteri, itu dah dikira cukup baik bagi dirinya...adalah jugak kebaikan dalam diri suaminya...mmmmm..kita merancang tapi kita kene yakin adanya perancangan dari Allah untuk kita.
Ketentuan yang telah tertulis, hanya sebulan menjadi isteri kepada lelaki yang tidak berduit, Akhirnya kasih diceraikan dengan talak 3...tersentak sekejap jantung kakak bila mendengar ayat tu. Tanpa ada rasa belas kasihan sanggup melepaskan seorang isteri yang telah berkorban segalanya. Kata Kasih inilah nasibnya bila mentua tak suka, pelbagai cara dilakukan......kesian Kasih...masih terbayang di ingatan Kasih hari di mana dirinya dilepaskan, pagi tu Kasih seperti biasa bersiap untuk ke tempat kerja dan seperti biasa suaminya menemani sampai di pintu kereta..seperti biasa juga dia akan mencium tangan suaminya tapi kali ini suaminya yang mencium tangan nya..dan mereka ketawa bersama kerana hampir-hampir berlaga kepala. Kakak dapat gambarkan kebahagian mereka tapi.....tak sampai 3 jam berada di opis, suaminya menghantar mesej akan menceraikan nya kerana suami mendapat khabar dari keluarganya bahawa keluarga Kasih menghina sebagai lelaki dayus....sebenarnya kalu betul keluarga Kasih membuat tuduhan sedemikian mana mungkin mereka benarkan Kasih bersama dengan suaminya..ini lah akibatnya kalu dah tak fikir panjang..kalu dah emosi melebihi akal....
Hampir seminggu kasih tak makan, tak pergi kerja...hari-hari menangis...gambar2 perkahwinan yang masih belum disusun bertaburan begitu saja seperti rumahtanggannya sudah musnah sekelip mata......kesian Kasih..kakak turut simpati.....
Sebenarnya lepas peristiwa itu, bekas suaminya mesej menyatakan kekesalan dan menangis ingin kembali semula tapi talak sudah dijatuhkan. Kalu talak 1 boleh juga dibawa berbincang tapi kalu dah talak 3 .....macamana caranya nak bersama lagi...bab kata nabil "lu fikir lah sendiri"
Mesej-mesej rindu, sayang, cinta menjadi mainan bekas suaminya untuk memujuk semula tapi Kasih tidak akan berpaling lagi. Kakak sangat pasti sebab kakak menjadi pembaca setia mesej2 yang dikirimkan oleh bekas suami nya..dan satu pun Kasih tidak membalasnya....
Kasih, Kakak doakan untuk mu sayang supaya tabah menghadapi segala ujian dari yang Maha Esa..kakak percaya ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi padamu..dan kakak mendoakan Kasih akan menemui kasih sejati yang akan membahagiakan diri mu sayang.

Adakah kerana semua ini kakak tak kahwin sampai sekarang??? hehehehe..Tak lah kakak fikir sampai macam tu, jodoh kakak tak sampai lagi.....insyaAllah semuanya telah ditentukan untuk kakak dan Kakak redha.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...